Lima kategori tiket bermula serendah RM50 untuk final Piala FA

Lima kategori tiket bermula serendah RM50 untuk final Piala FA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Liga Bolasepak Malaysia (MFL) hari ini mengumumkan lima kategori harga tiket perlawanan akhir Piala FA yang buat kali pertama akan diadakan di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), Iskandar Puteri pada 22 Julai ini.

Edisi ke-32 kejohanan bakal mempertemukan juara bertahan, Johor Darul Ta’zim (JDT) menentang Kuala Lumpur City (KL City).

Kedua-dua pasukan akan diberi agihan tiket sama rata untuk dijual kepada penyokong masing-masing.

“MFL membahagikan tiket mengikut beberapa kategori dengan harga tiket bermula dengan ‘General Admission’ berharga RM50, Piala FA ‘Grandstand’ RM100, Piala FA Premium RM150, MFL Premium RM150 dan MFL ‘Grandstand’ RM200.

“Penetapan harga tiket mengikut kategori ini sama seperti yang dilakukan MFL pada perlawanan akhir mana-mana kejohanan Piala FA dan juga Piala Malaysia sebelum ini di mana ia memberikan lebih pilihan buat penyokong untuk hadir ke stadium.

“Istimewa kali ini bagi penyokong yang membeli tiket MFL Grandstand akan menerima barangan eksklusif perlawanan akhir Piala FA 2023,” menurut kenyataan MFL, hari ini.

MFL turut menyerahkan sepenuhnya kepada JDT dan KL City untuk menguruskan proses penjualan tiket kepada penyokong masing-masing.

“Pihak JDT dan KL City akan memaklumkan cara penjualan tiket kepada penyokong mereka, namun dengan persetujuan bersama kedua-dua pasukan.

“Sekiranya ada pasukan yang gagal menjual kesemua tiket yang diperuntukkan itu, maka baki tiket berkenaan akan dijual kepada umum,” menurut MFL. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya