Lima jurulatih baru dalam radar MHC

Lima jurulatih baru dalam radar MHC

Aksi sengit ditampilkan Pahang menentang Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam aksi final Kejohanan Hoki 5's Kebangsaan semalam di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil. (FOTO: IHSAN MHC)
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) kini sedang giat mencari jurulatih baru bagi mengemudi skuad 5 sepasukan (s) kebangsaan yang akan dibentuk untuk melayakkan diri Kejohanan Piala Dunia di Muscat, Oman 22 Januari 2024.

Ketua Pegawai Eksekutif MHC, Nishel Kumar mendedahkan pihaknya kini sedang giat mencari individu berkelayakan dan sudah pun mengenal pasti lima calon untuk memulakan projek perintis ini.

Aksi Kelayakan Benua Asia ke Kejohahanan Hoki Piala Dunia 5’s dijadualkan berlangsung pada 25 Ogos sehingga 3 September depan di Salalah, Oman.

“Kita sedar bahawa hoki kini semakin berkembang dan hoki 5’s adalah antara yang meningkat naik, dan kita tidak mahu ketinggalan. Apatah lagi apabila FIH (Persekutuan Hoki Antarabangsa) serius untuk membangunkan acara ini, kita juga mahu turut serta agar kita boleh terus bergerak dengan harapan pasukan kita boleh layak ke Piala Dunia yang pertama kali diadakan.

“Setakat ini kita masih belum memutuskan sebarang keputusan, kita masih lagi menapis calon-calon ini dan apabila kita sudah mempunyai kata putus, kita akan mengumumkannya,” jelas Nishel yang ditemui media selepas majlis penyampaian hadiah Kejohanan Hoki 5’s Kebangsaan di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil semalam.

Kejohanan itu telah menjadi platform buat MHC untuk memilih pemain yang akan menyarung jersi negara, dengan ketika ini 20 pemain lelaki dan wanita akan dipanggil untuk menyertai kem latihan pusat yang dijangka akan diadakan pada 1 Ogos depan.

Hoki 5’s bukanlah asing buat Malaysia apabila skuad negara pernah melakar kejayaan membanggakan dengan meraih pingat emas ketika Sukan Olimpik Remaja 2018 di Buenos Aires, Argentina.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya