Liga Arab ‘kolam’ terbaik Arif Aiman

Liga Arab ‘kolam’ terbaik Arif Aiman

ARIF AIMAN HANAPI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Saingan liga di Asia Barat dilihat sesuai menjadi ‘kolam baharu’ untuk pemain muda sensasi negara, Arif Aiman Hanapi mengembangkan bakatnya.

Itu pandangan bekas pe­nyerang kebangsaan, Safee Sali yang berpendapat liga Arab ‘kena’ dengan gaya permainan bintang sensasi Johor Darul Ta’zim (JDT) itu buat masa ini.

Bagaimanapun, Safee yang berpengalaman beraksi di luar negara tetap menganggap pemain kebangsaan itu sudah berada dalam pasukan yang tepat untuk terus ‘membesar.’

“(Berhijrah) ke Liga Arab, Liga Emiriah Arab Bersatu (UAE) supaya dia dapat mengembangkan lagi potensinya.

“Kalau pergi ke tahap kompetitif yang sangat tinggi contohnya seperti di Eropah, cabarannya jauh berbeza.

“Tetapi dia pun masih muda, masih jauh lagi perjalanan dan dia berada dalam pasukan yang sesuai buat masa ini.

ARIF Aiman Hanapi dikawal ketat pertahanan Papua New Guinea dalam aksi persahabatan yang menyaksikan Malaysia berpesta gol 10-0. 

“Saya risau kalau ke peringkat tertinggi, persembahannya akan menurun. Jadi bagi lagi masa untuk dia berada di JDT kerana dengan usia 21 tahun, takut prestasinya takkan naik (jika berhijrah).

“Biarkan dia terus berkembang dengan JDT. Bola sepak ini kalau terlalu cepat naik, nanti cepat turun juga seperti beberapa pemain lain sebelum ini,” katanya.

Arif Aiman, 21, mencuri tumpuan selepas meledak hatrik ketika membantu JDT membedil Selangor 4-0 dalam separuh akhir Piala FA, Isnin lalu.

Dia turut meledak empat gol ketika Harimau Malaya melakar kemenangan besar 10-0 ke atas Papua New Guinea minggu lalu.
Pemain sayap JDT itu juga menjaringkan satu gol dalam pertemuan dengan Kepulauan Solomon.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya