Kuartet 4x100m lelaki Malaysia si tangga keenam, wanita kelima

Kuartet 4x100m lelaki Malaysia di tangga keenam, wanita kelima

MALAYSIA menamatkan perlumbaan 4x100m lelaki di tangga keenam pada Kejohanan Asia di Bangkok.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Malaysia menamatkan perlumbaan 4×100 meter (m) lelaki akhir di tempat keenam dalam Kejohanan Olahraga Asia di Bangkok, sebentar tadi.

Dalam aksi di Stadium Nasional Suphachalasai itu, kuartet negara yang dibarisi Muhammad Azeem Fahmi, Khairul Hafiz Jantan, Jonathan Nyepa dan Mohammad Thaqif Hisham mencatat 39.17 saat (s).

Catatan tersebut gagal menyamai rekod kebangsaan 39.09s yang dilakukan pada Sukan SEA Hanoi, tahun lalu.

Kuartet Thailand yang dianggotai Natawat Iamudom, Soraot Dapbang, Chayut Khongprasit dan Puripol Boonson merangkul pingat emas dengan masa 38.55s yang juga rekod baharu kejohanan.

China dengan catatan 38.87s memenangi pingat perak, manakala Korea Selatan (38.99s) meraih gangsa.

Dalam saingan wanita, kuartet 4x100m negara yang diperkuatkan oleh Nurul Aliah Maisarah Nor Azmi, Zaidatul Husniah Zulkifli, Nur Afrina Batrisyia Rizal dan Chelsea Cassiopea Evali Bopulas menamatkan saingan di tempat kelima dengan catatan 45.56s.

Pingat emas milik China dengan catatan 43.35s, diikuti Jepun kedua (43.95s) dan Thailand ketiga (44.56s).

Dalam saingan 400m lelaki, pemegang rekod kebangsaan, Umar Osman gagal melangkah ke final apabila menamatkan saingan separuh akhir 1 di tempat keempat dengan catatan 46.42s. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya