Kelantan FC kena sekatan perpindahan pemain

Kelantan FC kena sekatan perpindahan pemain

ALFREDO Vera (kanan) bersama pemilik Kelantan FC Norizam Tukiman semasa memperkenalkannya sebagai jurulatih baharu Kelantan FC di Kota Bharu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sudah jatuh, ditimpa tangga, itu yang boleh diibaratkan situasi yang melanda Kelantan FC ketika ini selepas Badan bebas, First Instance Body (FIB) mengenakan sekatan perpindahan pemain pada jendela perpindahan kedua yang dibuka 5 Julai ini.

Hukuman itu dijatuhkan susulan kegagalan Kelantan FC menghantar bukti bayaran caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)  serta tunggakan gaji pemain dan pegawai (April dan Mei 2023) sebelum tarikh akhir yang telah ditetapkan pada 28 Jun 2023 dan 30 Jun lalu.

Ini adalah hukuman berasingan daripada sebarang tindakan yang boleh diambil Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) ataupun Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) berkenaan aduan kes-kes lain.

Pengerusi FIB, Sheikh Mohd. Nasir Sheikh Mohd. Sharif berkata, Jawatankuasa FIB memandang serius mengenai isu berkenaan dan tindakan terpaksa diambil selepas Kelantan FC gagal melunaskan tunggakan dalam tempoh yang diberikan.

“Pihak FIB masih tidak menerima sebarang bukti bayaran ansuran KWSP (bayaran ansuran pertama) dan bukti bayaran gaji penuh pemain serta pegawai (April dan Mei 2023) sebelum tarikh akhir yang telah ditetapkan kepada Kelantan FC.

Oleh kerana kegagalan Kelantan FC memberikan bukti bayaran tersebut, maka dengan ini hukuman sekatan perpindahan pemain pada jendela kedua dijatuhkan dengan serta merta,” katanya dalam satu kenyataan.

Hukuman sekatan perpindahan pemain ini akan ditarik semula sekiranya Kelantan FC berjaya menyelesaikan bayaran tunggakan caruman KWSP, gaji pemain dan pegawai sebelum jendela kedua berakhir pada 1 Ogos 2023.

Bagaimanapun tindakan untuk menarik semula sekatan itu juga perlu mengambil kira keputusan FAM dan FIFA berkenaan kes lain melibatkan Kelantan FC.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya