Kedudukan Zii Jia, Pandelela dalam RTG diputuskan September ini

Kedudukan Zii Jia, Pandelela dalam RTG diputuskan September ini

HANNAH YEOH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Nasib atlet Road To Gold (RTG) yang bergelut dengan prestasi akan ditentukan pada September ini.

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkata, sama ada kekal atau digugurkan, kedudukan mereka dalam program memburu pingat emas pertama Sukan Olimpik itu akan dinilai oleh mesyuarat jawatankuasa RTG.

Kata Hannah, buat masa ini semua atlet, termasuk perseorangan badminton lelaki, Lee Zii Jia dan pemenang dua pingat Olimpik, Datuk Pandelela Rinong (terjun) kekal dalam program RTG di sebalik penurunan prestasi yang ditunjukkan mereka.

Beliau tetap menaruh keyakinan Zii Jia dan Pandelela akan bangkit merebut tiket ke Sukan Olimpik Paris 2024.

PANDELELA RINONG.

“Zii Jia baru mendapat jurulatih, Wong Tat Meng dan bukan serta-merta boleh dapatkan hasil, jadi kita perlu bagi peluang kepada jurulatihnya untuk mengembalikan dia ke prestasi asal.

“Pandelela pula masih ada peluang dalam kejohanan lain untuk layak ke Olimpik,” katanya ketika ditemui selepas meraikan ulang tahun ke-30 Al-Ikhsan di sini, semalam.

Kelmarin, Zii Jia terus bergelut dengan prestasi selepas tersingkir pada pusingan pertama Terbuka Korea, manakala Pandelela gagal melayakkan diri ke separuh akhir acara 10 meter platform individu pada Kejohanan Akuatik Dunia di Fukuoka, Jepun.

LEE Zii Jia perlu segera bangkit jika mahu mengejar tiket ke Olimpik 2024 di Paris.

“Kami mempunyai penasihat teknikal dan bekas atlet dalam RTG yang telah kami tubuhkan untuk dua kitaran Olimpik (Olimpik Paris dan Olimpik Los Angeles) yang berperanan memberi khidmat sokongan kepada atlet.

“Mereka (atlet) perlukan sokongan untuk mencapai keputusan, sebab itu kita beri masa sehingga September untuk jurulatih menjalankan tugas melatih atlet,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya