Kecederaan hampakan impian Haiqal beraksi pada Kejohanan Asia

Kecederaan hampakan impian Haiqal beraksi pada Kejohanan Asia

MUHAMMAD Haiqal Hanafi (dua, kanan) terpaksa melupakan Kejohanan Asia akibat kecederaan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Skuad Malaysia terpaksa melupakan khidmat Raja Pecut Asia Tenggara 2019, Muhammad Haiqal Hanafi untuk beraksi di Kejohanan Olahraga Asia yang akan berlangsung di Pattaya, Thailand bermula 12 hingga 19 Julai gara-gara ditimpa kecederaan pada saat akhir.

Perkara itu disahkan oleh jurulatih pecut negara, Muhammad Poad Kassim yang menjelaskan Haiqal mengalami kecederaan buku kali ketika menjalani latihan di kem latihan pusat yang didakan di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Perak tempohari.

Haiqal yang disenaraikan untuk membentuk kuartet 4×100 meter (m) bersama-sama pelari pecut sensasi, Muhammad Azeem Fahmi, Khairul Hafiz Jantan dan Jonathan Nyepa terpaksa digantikan dengan Mohammad Thaqif Hisham.

Thaqif mempunyai catatan peribadi terbaik 10.69 saat (s) yang dilakarnya pada Kejohanan Olahraga Hong Kong, hujung April lepas.

“Ceritanya amat panjang, saya tidak mahu memperbesar-besarkan isu ini, yang boleh saya katakan Haiqal mengalami kecederaan di bahagian buku lali ketika berlatih.

“Bagaimanapun atlet kita masih lagi bersemangat dan berada dalam keadaan yang cukup positif, jadi harapnya kita boleh melakukan yang terbaik nanti,” jelas Poad yang dihubungi Utusan Malaysia.

Justeru, Poad mengesahkan akan ada perubahan posisi pelari berbanding kuartet 4x100m negara yang memenangi pingat gangsa di Sukan SEA Kemboja Mei lalu.

“Azeem sudah pasti akan menjadi pelari terakhir, Thaqif pula akan menjadi pelari ketiga, dan Jonathan pula sebagai pelari kedua, sementara Khairul Hafiz akan menjadi pelari pertama.

“Aturan kali ini memang cukup berbeza dengan apa yang kita tampilkan di Sukan SEA dahulu,” tambahnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya