Kami bertahan baik, elak kalah lebih besar - Devan

Kami bertahan baik, elak kalah lebih besar- Devan

PEMAIN pertahanan JDT, Feroz Baharudin menanduk masuk.gol pertama menewaskan penjaga gol Negeri Sembilan FC, Sikh Izhan pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Pengendali Negeri Sembilan FC, K. Devan mempertahankan corak permainan bertahan ketika tewas tipis 0-2 kepada juara bertahan, Johor Darul Ta’zim (JDT) pada aksi Liga Super, malam tadi.

Pada perlawanan itu, skuad Hoben Jang Hoben berjaya mengekang jentera serangan Harimau Selatan menyaksikan penyerang JDT seperti Diogo Luis Santo, Fernando Forestieri, Arif Aiman Hanapi dan Bergson Da Silva membedil ‘peluru kosong’.

Pasukan tuan rumah hanya mampu mencipta jaringan menerusi ‘set piece’ yang masing-masing dijaringkan bek tengah, Feroz Baharudin dan pemain tengah, Leandro Velazquez pada babak pertama perlawanan.

Devan mengakui tidak mempunyai pilihan selain terpaksa bermain bertahan apabila berdepan lawan yang terkenal dengan bahagian serangan jitu selepas meledak 62 gol dalam 16 perlawanan liga.

“Apabila berdepan pasukan yang menyerang seperti JDT, kita perlu bertahan dengan baik dan itu yang kita lakukan. Jika kita ikut rentak mereka bermain, kita akan kalah sebab mereka lebih baik dalam aspek itu kerana dibarisi pemain yang lebih berkualiti.

“Corak permainan yang dipamerkan dilihat berkesan setelah pemain memberi tumpuan penuh dan berdisiplin tinggi. Kita bukan sahaja tak benarkan mereka berleluasa, dalam masa sama dapat merampas bola dan membuat serangan balas.

“Walaupun tempang tanpa lima pemain utama, saya merasakan keputusan perlawanan ini beri keyakinan buat pasukan bagi menghadapi perlawanan akan datang dan seterusnya,” katanya.

Dalam pada itu, Devan memuji aksi Herold Goulon yang dilabel sebagai salah seorang pertahanan terbaik liga setelah menjadi tonggak utama di benteng pertahanan Negeri Sembilan menangkis serangan JDT.

Katanya, nasib berbeza buat seorang lagi pemain import, Casagrande yang hanya beraksi 16 minit sebelum terpaksa dibawa keluar kerana mengalami ketegangan otot.

“Kita tidak boleh mengambil risiko dengan Casagrande kerana dia satu-satunya penyerang import yang ada bagi menempuh pusingan kedua Liga Super. Kita memerlukan khidmatnya dan bukan mudah untuk dia beraksi dalam semua perlawanan.

“Kehadiran semula Safuwan Baharudin menceriakan pasukan yang dilihat dapat diturunkan dalam kesebelasan utama menentang Kuala Lumpur City FC dan Terengganu FC selepas ini. Kita sasar mengutip lebih banyak mata pada pusingan kedua ini,” katanya.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya