Jun Hao tepati ramalan, Vivian raih kejuaraan kebangsaan kali ke-4

Jun Hao tepati ramalan, Vivian julang kejuaraan kebangsaan kali keempat

Perseorangan lelaki negara, Leong Jun Hao dinobatkan sebagai juara kebangsaan 2023 selepas menumpaskan Muhammad Shaqeem Eiman Shahyar dalam aksi final yang berlangsung di Stadium Juara, Bukit Kiara hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perlawanan akhir Kejohanan Badminton Kebangsaan 2023 yang berlangsung di Stadium Juara, Bukit Kiara hari ini menyaksikan beberapa pilihan utama saingan menepati sasaran untuk bergelar juara.

Perlawanan pertama yang menemukan pasangan beregu campuran, Yap Roy King-Valeree Siow yang turun sebagai pilihan pertama kejohanan diberikan tentangan sengit oleh Choong Hon Jian-Go Pei Kee sebelum mengesahkan kemenangan dengan keputusan 21-19, 21-18.

Aksi dalam perseorangan wanita pula menyaksikan K.Letshanaa membuktikan dia kini antara harapan terbaru dalam kem kebangsaan apabila menumpaskan rakan sepasukan Wong Li Ching.

K. Letshanaa (FOTO: IHSAN BAM)

Bagaimanapun kemenangn Letshanaa tidak datang dengan mudah apabila diberikan cabaran sukar oleh Ling Ching sebelum pemain Selangor itu menoktahkan kejayaan dengan keputusan 16-21, 21-17, 21-19 dalam tempoh 66 minit.

Bagi acara beregu wanita pula, kemenangan yang cukup emosional buat Vivian Hoo yang kini bergerak sebagai pemain profesional bersama Lim Chiew Sien.

Vivian-Chiew Sien membuktikan mereka masih mempunyai sentuhan juara apabila mudah menewaskan Cheng Su Hui-Vanessa Ng dengan keputusan 21-13, 21-7.

Ini juga merupakan kejuaraan kebangsaan kali keempat buat Vivian yang pernah bergandingan dengan tiga pasangan berbeza dalam saingan ini, termasuk Woon Khe Wei (2011 dan 2016) dan Chow Mei Kuan (2013).

Vivian Hoo (kiri) bersama Lim Chiew Sien (kanan) (FOTO: IHSAN BAM)

Dalam acara perseorangan lelaki pula, seperti yang dijangka, Leong Jun Hao yang diletakkan sebagai pilihan pertama kejohanan mudah mengatasi rakan sepasukan, Muhammad Shaqeem Eiman Shahyar dengan keputusan 21-16, 21-13.

Ia juga penebus kekecewaan pada edisi 2019 apabila dia terpaksa menarik diri kerana ditimpa kecederaan ketika menentang Soong Joo Ven dalam perlawanan akhir.

Melengkapkan saingan final Kejohanan Kebangsaan 2023 merupakan acara beregu lalu yang menyaksikan Roy King sekali lagi turun bergandingan dengan Wan Arif Junaidi menentang pasangan profesional, Low Hang Yee-Ng Eng Cheong.

Yap Roy King (kanan) bersama Wan Arif Junaidi (kiri) (FOTO: IHSAN BAM)

Tuah ternyata berpihak kepada Roy King dan Arif apabila mereka berjaya bergelar juara selepas menumpaskan lawan dengan keputusan 21-17, 21-12.

Keputusan ini juga menjadikan Roy King sebagai pemain paling banyak meraih hadiah wang kemenangan dengan jumlah sekitar RM 13,000.

Yap Roy King (dua dari kanan) dinobatkan sebagai juara kebangsaan bersama Wan Arif Junaidi

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya