Juara Tour de France impi berlumba di Sukan Olimpik

Juara Tour de France impi berlumba di Sukan Olimpik

LAUTAN merah dan kuning menyambut kepulangan juara Tour de France 2023, Jonas Vingegaard di Dataran Bandaraya Copenhagen, Denmark semalam. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

COPENHAGEN: Jonas Vingegaard berharap dia dapat bertanding dalam Sukan Olimpik 2024 di Paris, sebaik sahaja tiba di Denmark semalam daripada kejayaan mempertahankan kejuaraan Tour de France.

Pelumba pasukan Jumbo-Visma itu memberitahu saluran televisyen Denmark, TV 2, dia sudah memaklumkan kepada jurulatih berbasikal kebangsaan, Anders Lund mengenai kesediaan untuk menggalas cabaran negara dalam acara lebuh raya di Paris tahun depan.

“Saya ingin sangat berlumba di Sukan Olimpik. Saya telah beritahu Anders Lund bahawa jika dia mahu saya bersama, saya bersedia,” katanya.

Ketika dihubungi oleh TV 2, Lund menyambut baik tawaran Vingegaard tetapi tidak menjanjikan tiket automatik ke Sukan Olimpik kepada pelumba berusia 26 tahun itu.

Sementara itu, lebih 10,000 peminat membanjiri Dataran Bandaraya Copenhagen semalam untuk menyambut kepulangan Vingegaard, pemandangan yang jarang dapat dilihat di ibu kota Denmark itu.

Isnin lalu, Vingegaard, 26, mempertahankan jersi kuning selaku juara keseluruhan TdF 2023, perlumbaan berbasikal paling berprestij di dunia.

Tahun lalu, dia menjadi pelumba Denmark pertama sejak Bjarne Riis (1996) menyambar jersi kuning TdF.

Begitupun kejuaraan Riis kemudian dilucutkan kerana doping menjadikan Vingegaard yang berlumba untuk pasukan Jumbo-Visma sebagai pelumba Denmark pertama memenangi perlumbaan tersebut

Peminat yang teruja menantikan kepulangan bintang mereka semalam, memakai baju merah (bendera Denmark) dan kuning sebagai simbolik meraikan kejayaan bersejarah Vingegaard.

JONAS Vingegaard bersama barisan pelumba pasukan Jumbo-Visma.

“Sehingga kini, saya masih tidak percaya saya sudah memenangi TdF dua kali berturut-turut.

“Jika ada sesiapa beritahu saya perkara ini lima tahun lalu, saya tidak akan mempercayai­nya, malah saya tidak fikir akan memenangi Tour de France,” kata Vin­gegaard.

Vingegaard bertarung selama 21 hari dan melintasi garisan penamat dengan me­ngatasi juara dua kali, Tadej Pogacar untuk melakar sejarah tersendiri dengan kelebihan masa tujuh minit 29 saat.

Margin kemenangannya adalah yang paling besar sejak pelumba Itali, Vicenzo Nibali me­lakukannya pada 2014 dengan catatan tujuh minit 39 saat.

Tambah pula, Vingegaard yang pernah bekerja sebagai penjual ikan ketika zaman remaja turut memiliki personaliti menarik apabila sering merendah diri sehingga menambat hati peminat seluruh dunia. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya