Joe Ee impi aksi di pentas Olimpik

Joe Ee impi aksi di pentas Olimpik

NG Joe Ee menerima anugerah Olahragawati Kebangsaan dalam Anugerah Sukan Negara 2022 di Subang kelmarin. – UTUSAN/MUHAMAD IQBAL ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUBANG JAYA: Dinobat selaku Olahragawati Kebangsaan 2022 satu kejutan besar buat Ng Joe Ee dan kejayaan itu memberi suntikan motivasi buat gadis berusia 17 tahun tersebut memasang impian yang lebih besar beraksi di pentas Olimpik pula selepas ini.

“Sewaktu nama saya di­umumkan sebagai penerima anugerah Olahragawati Kebangsaan, fikiran saya tiba-tiba kosong, saya memandang ibu di sebelah dan saya memeluknya erat.

“Calon-calon yang ber­saing dengan saya semuanya hebat, terutama Datuk Pandelela (Rinong) dan Nur Dhabitah Sabri yang cukup hebat di mata saya.

“Apabila diumumkan sebagai pemenang saya mula berasakan saya kini boleh duduk sebaris dengan mereka,” katanya ketika selepas berakhir Anugerah Sukan Negara 2022 di sini kelmarin.

Atlet gimnastik berirama (gimrama) itu menerima anugerah Olahragawati daripada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan ­Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah selepas dia cemerlang membawa pulang dua pingat emas dalam aparatus bola dan riben pada Sukan Komanwel di Birmingham tahun lalu.

NG Joe Ee menerima anugerah Olahragawati Kebangsaan daripada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dalam ASN 2022 di Subang kelmarin. Turut sama, Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh (dua dari kiri) dan timbalannya, Adam Adli. – UTUSAN/MUHAMAD IQBAL ROSLI

Justeru, Joe Ee kini mula berasakan tidak keterluan untuk­nya memasang impian beraksi pada Sukan Olimpik di Paris, tahun depan.

“Saya perlu bekerja keras, tahun ini, sudah tentu impian saya mahu beraksi pada Sukan Olimpik dan sebelum itu, kalau boleh saya mahu mewakili negara ke Sukan Asia terlebih dahulu.

“Jika diberi peluang, saya perlu melipat gandakan latihan saya, pada ketika ini jurulatih telah menukar koreograf saya dan kini rutin saya lebih pentas berbanding rutin tahun lalu,” ujarnya.

Mengakui Sukan Asia lebih besar pentasnya berbanding Sukan Komanwel, justeru, Joe Ee mahu memanfaatkan kesempatan yang diberi kepadanya jika peluang itu dibuka.

“Jika bercakap tentang sasaran, sebenarnya ia mudah kerana saya hanya perlu tidak melakukan sebarang kesilapan dalam rutin dan Sukan Asia merupakan medan terbaik untuk saya menguji kemampuan,” jelasnya.

Sementara itu, Olahragawan Kebangsaan, juara dunia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik yang kini berada di Korea Selatan kerana menyertai Kejohanan Badminton Terbuka Korea melahirkan rasa gembira dipilih sebagai penerima anugerah berprestij itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya