IOC jamin atlet selesa tidur di bilik tanpa pendingin hawa

IOC jamin atlet selesa tidur di bilik tanpa pendingin hawa

THOMAS Bach melawat bilik perkampungan atlet untuk Sukan Olimpik 2024 di Paris kelmarin.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS: Presiden Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC), Thomas Bach mengesahkan bahawa tiada pendingin hawa disediakan dalam bilik perkampungan atlet bagi Sukan Olimpik Paris tahun depan.

Meskipun suhu di Paris pada Julai kadangkala mencecah melebihi 40 darjah Celsius, namun beliau yakin atlet mampu tidur dengan selesa.

“Jawatankuasa penganjur telah melakukan usaha dan langkah supaya suhu dalam bilik kurang daripada 6 darjah Celcius atau lebih daripada itu berbanding suhu di luar,” kata­nya ketika melawat penginapan berkenaan kelmarin.

Paris sama seperti kebanyakan bandar Eropah yang telah mengalami musim panas dalam beberapa tahun kebelakangan ini, dengan suhu meningkat kepada 43 darjah Celsius pada Julai tahun lepas.

Bach berkata, beliau tidak bimbang tentang gelombang haba yang mungkin menjejaskan keselesaan 15,000 atlet yang dijangka bersaing di temasya itu dan Sukan Paralimpik kerana Jawatankuasa itu terpaksa berdepan dengan suhu dan kelembaban yang tinggi semasa Sukan

Tokyo pada 2021.

“Kami akan mendapat manfaat daripada pengalaman ini apabila ia datang ke Paris,” jelasnya.

Penganjur Paris 2024 bagaimanapun memutuskan untuk tidak memasang penghawa dingin di Perkampungan Atlet.

Pengarah Perkampungan Olimpik dan Paralimpik untuk Paris 2024, Laurent Michaud berkata, pemasangan pendingin hawa tidak diperlukan kerana penebat bangunan boleh menahan kesejukan malam sehingga lewat keesokan hari dan itu membantu mengekalkan suhu yang boleh diterima di dalam. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya