Henderson penerima gaji tertinggi

Henderson penerima gaji tertinggi

JORDAN Henderson menyertai Steven Gerrard (kiri) beraksi buat kelab Arab Saudi, Al-Ettifaq dengan kontrak tiga tahun.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Jordan Henderson ba­kal menjadi pemain bola sepak England yang menerima gaji tertinggi, tiga kali lebih besar daripada gaji kapten Three ­Lions, Harry Kane.

Henderson, 33, menyertai kelab Arab Saudi, Al-Ettifaq yang kini dibimbing bekas kap­ten Liverpool, Steven Gerrard dengan gaji 700,000 pound seminggu (RM4.07 juta).

Reds menerima bayaran perpindahan 12 juta pound (RM69 juta) untuk kapten mereka itu yang mempunyai baki dua tahun kontrak di Anfield.

Henderson mampu membuat gaji lebih 100 juta pound (RM582 juta) jika kekal tiga tahun di Asia Barat dengan dijangka mene­rima kira-kira 36 juta pound (RM209 juta) setahun, iaitu empat kali ganda gaji semasanya di Liga Perdana Inggeris.

Nilai itu menjadikan dia pemain Inggeris yang memiliki bayaran terbaik di dunia iaitu dengan perbezaan amat besar dari gaji asalnya ketika bersama Liverpool.

Perjanjian yang ditandata­nganinya itu dua kali ganda ­daripada gaji yang diterima Marcus Rashford.

Rashford menandatangani perjanjian baharu di Manchester United dengan meraih 375,000 pound (RM2.2 juta) seminggu.

Itu meletakkannya di hadapan rakan sepasukannya, Jadon Sancho yang menerima 350,000 pound (RM2 juta) seminggu.

Sementara itu, gaji Jude Bel­lingham di Real Madrid pula kecil dibandingkan mereka, dengan hanya 220,000 pound (RM1.3 juta) seminggu.

Mason Mount yang baru berpindah ke United dan Declan Rice yang berpindah ke Arsenal, masing-masing menerima pendapatan sekitar 250,000 pound (RM1.5 juta).

Gaji Henderson kini tiga kali lebih besar daripada kapten England, Kane, yang menerima 200,000 pound (RM1.2 juta) seminggu di Spurs.

Henderson juga menjadi pemain keempat dalam sejarah Liverpool dijual ketika masih memakai lilitan ketua pasukan.

Emlyn Hughes

Kali pertama Reds menjual ketua pasukan mereka adalah Emlyn Hughes pada 1979.

Graeme Souness kemudian dijual kepada Sampdoria pada 1984 menerusi perjanjian bernilai 650,000 pound.

Dia ketika itu berusia 32 tahun dan sudah memakai lilitan kapten selama tiga tahun ­setengah.

Paul Ince ketua pasukan ter­akhir Liverpool yang dijual ketika masih aktif pada 1999.

Bekas pemain United itu memberitahu, dia tiada masa depan di Anfield dan dijual kepada Middlesbrough dengan harga 1 juta pound di usia 31 tahun. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya