LONDON: Harry Styles menawarkan tiket percuma kepada Elina Svitolina selepas bintang tenis Ukraine itu terlepas menyaksikan konsert penyanyi terkenal Britain tersebut, Sabtu lalu.
Svitolina yang menyertai Wimbledon menerusi tiket wildcard (jemputan) merancang untuk menghadiri konsert Styles kerana menjangkakan dia akan tersingkir awal.
Bagaimanapun Svitolina meraih pencapaian luar biasa apabila mara ke suku akhir selepas mengejutkan bintang pilihan Belarus, Victoria Azarenka pada pusingan keempat.
“Hai kawan-kawan, saya sepatutnya menonton konsert kegemaran saya@harrystyles di Vienna esok…Tetapi Wimbledon mengubah rancangan saya. Seseorang mahu pergi? Saya ada dua tiket,” tulis Svitolina di Instagram.
Harry yang sedang melakukan jelajah Love On Tour di seluruh Eropah membalas hantaran Svitolina dengan mengucapkan tahniah dan mengalu-alukan pemain tenis itu menghadiri konsertnya pada masa akan datang.
“Tahniah! Kami mempunyai empat lagi konsert selepas ini, anda dialu-alukan di mana-mana daripadanya.
“Semoga berjaya pada baki kejohanan,” kata bekas anggota kumpulan One Direction itu. – AGENSI