Hampir semua permintaan Azizulhasni dipenuhi

Hampir semua permintaan Azizulhasni dipenuhi

AZIZULHASNI AWANG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Datuk Azizulhasni Awang kini hanya perlu fokus kepada misi memburu pingat dalam Sukan Olimpik 2024 selepas hampir semua permintaan jaguh berbasikal trek negara itu akan dipenuhi.

Setiausaha Agung Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Nazifuddin Najib berkata, pelumba berusia 35 tahun itu akan menerima semua sokongan yang diperlukan, tertuama daripada aspek sains sukan bagi menghadapi temasya di Paris yang berlangsung dari 26 Julai hingga 11 Ogos tahun depan.

Kata Nazifuddin, MOM bersama Ketua Kontinjen Negara (CDM) ke Sukan Olimpik 2024, Datuk Hamidin Mohd. Amin sudah membincangkan isu Azizulhasni kerana dia  adalah prospek terbaik Malaysia untuk memenangi pingat di Paris.

MOHD. NAZIFUDDIN NAJIB

“Kita tahu ini peluang terakhirnya… dan apa yang dibangkitkan beliau, kita cuba bantu dari segi ISN (Institut Sukan Negara). Kali ini kami beri tumpuan penuh kepada Datuk Azizulhasni dengan harapan dia akan membawa pingat yang tertinggi, iaitu kami harap emas.

“Tapi kita tidak mahu menekannya, kita akan beri sokongan penuh dan yang penting dia berada pada tahap terbaik untuk Paris nanti,” kata Nazifuddin, sambil mengesahkan kebanyakan isu dibangkitkan The Pocket Rocketman berkaitan dengan sokongan sampingan, terutama perkhidmatan ISN.

Beliau berkata, dalam Road to Gold (RTG), khidmat sokongan tambahan ditawarkan dan mereka cuba memenuhi permintaan atlet yang berada dalam program berkenaan.

Azizulhasni sebelum ini melahirkan rasa kecewa terhadap Majlis Sukan Negara (MSN) kerana gagal menyediakan sistem sokongan lengkap selepas memindahkan pangkalan latihannya dari Melbourne, Australia ke Velodrom Nasional di Nilai, sejak awal tahun ini.

Penyelaras Program RTG, Datuk Stuart Ramalingam kemudian menjelaskan, pihaknya akan menunaikan permohonan Azizulhasni bagi memastikan prospek pingat Sukan Olimpik 2024 tidak terjejas. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya