Gol tunggal Ifedayo ranapkan impian Kuching City

Gol tunggal Ifedayo ranapkan impian Kuching City

Penyerang Kedah Darul Aman (KDA) FC, Ifedayo Olusegun membantu pasukannya menewaskan Kuching City 1-0 dalam aksi Liga Super yang berlangsung di Stadium Negeri Sarawak hari ini. (FOTO: Ihsan KDA FC)
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUCHING: Pasukan Kedah Darul Aman (KDA) FC menarik nafas lega setelah berjaya membawa pulang tiga mata dari tempat lawan, hasil jaringan awang import mereka, Ifedayo Olusegun ketika menentang Kuching City dalam aksi Liga Super yang berlangsung di Stadium Negeri Sarawak hari ini.

Bagaimanapun kemenangan tersebut tidak diraih dengan mudah apabila KDA terpaksa berhempas pulas untuk menembusi gawang Kuching City.

Mujur menerusi satu serangan yang direncanakan Manuel Hidalgo, Ifedayo menanduk kemas bola untuk menewaskan penjaga gol Kuching City, Shaiful Wazizi Mohammad pada minit ke 39.

Ia juga merupakan gol ketiga penyerang Nigeria itu sejak menyertai skuad hijau kuning pada bulan lalu.

Kuching City cuba untuk mencari gol penyamaan diketuai penyerang utama mereka, Abu Kamara namun kesemua percubaan mereka gagal menepati sasaran.

Gol tunggal tersebut kekal sehingga tamat perlawanan sekaligus menyaksikan Kedah mengatasi Sri Pahang untuk berada di kedudukan ketiga carta Liga Super 2023 setelah mengumpul 37 mata.

Kuching City pula terus terperosok di dasar liga apabila hany mampu meraih tujuh mata sahaja selepas mengharungi 18 perlawanan.

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya