Giliran Firmino ke Arab Saudi

Giliran Firmino ke Arab Saudi

ROBERTO FIRMINO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Legenda Liverpool, Roberto Firmino menjadi bintang terbaru bakal beraksi dalam Liga Pro Saudi apabila mencapai persetujuan dengan Al-Ahli.

Bintang Brazil berusia 31 tahun itu masih belum lulus ujian perubatan, namun sudah bersetuju dengan syarat peribadi dalam kontrak sehingga 2026.

Firmino yang menyertai Liverpool dengan harga 29 juta pound (RM170.84 juta) pada 2015 bakal bergabung dengan bekas penjaga gol Chelsea, ­Edouard Mendy di Al-Ahli.

Biarpun masih laku di Eropah dan menjadi buruan Real Madrid, Inter Milan serta Galatasaray, Firmino memutuskan untuk berhijrah ke Asia Barat selepas menerima gaji lumayan.

EDOUARD MENDY

Biarpun tidak didedahkan butiran perjanjian, namun melihat kepada perpindahan beberapa bintang Eropah ke Arab Saudi sebelum ini, jumlah yang diraih sukar ditolak.

Pemenang lima gelaran Ballon d’Or, Cristiano Ronaldo menjadi bintang pertama bermain di Liga Pro Saudi apabila me­nyertai Al-Nassr, ­Januari lalu dengan kontrak 177 juta pound (RM 1.04 bilion).

Bintang Perancis, Karim Benzema meninggalkan Real Madrid untuk me­nyertai Al-­Ittihad dengan bayaran 172 juta pound (RM1.01 bilion).
Al-Ittihad kemudian mendapatkan ­seorang lagi pemain Perancis iaitu N’Golo Kante dari Chelsea.

Pemain tengah Portugal, Ruben Neves menandatangani kontrak tiga tahun bersama Al-Hilal, manakala Al-Nassr sedang cuba mendapatkan Marcelo Brozovic dari Inter Milan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya