Gaji tinggi punca United sukar jual Maguire

Gaji tinggi punca United sukar jual Maguire

HARRY MAGUIRE
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Cabaran untuk menjual pertahanan ­Manchester United, Harry Maguire sukar kerana dia menikmati ke­naikan gaji setelah kelabnya itu layak menyertai Liga Juara-Juara.

Terdahulu, United ber­depan masalah kewangan apabila pengurusnya, Erik ten Hag mahu membeli penjaga gol dan penyerang tengah baharu, malah dia juga mungkin perlu menggantikan kapten kelab itu, Maguire.

Seperti pemain lain, Ma­guire diberi ganjaran kenaikan gaji yang besar selepas United menamatkan Liga Perdana Inggeris musim lalu di tempat ketiga yang membawa kelab itu kembali ke Liga Juara-Juara selepas berjaya mengharungi Liga Europa.

Pemain berusia 30 tahun itu kehilangan status sebagai pilihan pertama di bawah kendalian Ten Hag, malah kedua-duanya kini terbuka untuk berpisah.

Begitupun kenaikan gaji yang diraihnya menandakan dia harus berhati-hati memilih kelab baharu bagi mengelak potensi kehilangan pendapatan lumayan.

Ten Hag memulakan jendela perpindahan dengan bajet 120 juta pound (RM713 juta), namun kurang separuh daripadanya dibelanjakan untuk membeli Mason Mount dari Chelsea yang bernilai 55 juta pound (RM327 juta).

Ini bermakna, dia perlu mengumpul dana bagi menambah pemain di posisi ­penjaga gol.

Dengan Maguire, yang dibeli pada harga 80 juta pound (RM475 juta) daripada Leicester City, empat tahun lalu boleh membawa masuk sekitar 30 hingga 40 juta pound berdasarkan faktor usia, penurunan prestasi dan baki dua tahun kontrak.

Dalam perkembangan sa­ma, Ten Hag bersedia menjual Fred dan Anthony Elanga, 21, yang dilihat mampu me­raih pulangan kira-kira 30 juta pound (RM178 juta). – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya