Feroz tak sabar mahu beraksi dalam final Piala FA

Feroz tak sabar mahu beraksi dalam final Piala FA

FEROZ Baharudin
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISKANDAR PUTERI: Bek tengah, Feroz Baharudin tidak sabar beraksi pada pentas final pertamanya bersama Johor Darul Ta’zim (JDT) seandainya menjadi pilihan pengendali, Esteban Solari menentang Kuala Lumpur City FC (KL City) pada perlawanan akhir Piala FA, Sabtu ini.

Feroz, 23, yang kembali menyertai kem Harimau Selatan selepas pulih daripada kecederaan diturunkan sebagai kesebelasan utama dalam dua perlawanan sebelum ini dan menjaringkan gol penting ketika menewaskan Negeri Sembilan 2-0 awal bulan ini.

Mnyifatkan dirinya kini berada pada prestasi terbaik, Feroz bertekad untuk menjadi watak penting membantu JDT mempertahankan Piala FA yang dimenangi musim lalu.

“Ketika JDT menjulang Piala FA musim lalu, saya masih bersama skuad JDT II dan pasukan itu mencipta sejarah apabila muncul juara Liga Perdana buat pertama kali.

“Oleh itu, saya bertekad untuk memberikan yang terbaik supaya dapat diturunkan pada final ini. Walaupun berdepan saingan hebat oleh pemain
lebih senior dan berpengalaman, Shane Lowry, Jordi Amat dan Shahrul Saad, saya akan berusaha meningkatkan permainan.

“Kejayaan menjaringkan gol ketika menewaskan Negeri Sembilan FC sebelum ini meningkatkan lagi keyakinan saya untuk merebut tempat ketika membuat persiapan menjelang final Piala FA ini,” katanya di sini.

Feroz mengakui berdepan tugas sukar di barisan pertahanan JDT apabila berdepan dengan jentera serangan The City Boys yang akan turun dengan kekuatan penuh setelah semua pemain utama mendapat ‘lampu hijau’ untuk diturunkan.

Kejayaan Harimau Selatan membaham KL City 6-1 pada aksi Liga Super awal bulan ini tidak seharusnya menjadi ukuran dan menegaskan rakan sepasukan perlu memberi tumpuan penuh di atas padang.

“Tidak dinafikan pasukan lawan mempunyai jentera serangan yang dinamik dibarisi pemain seperti Paulo Josue, Romel Morales dan Tchetche Kipre, tetapi JDT perlu fokus dengan taktikal ampuh diterapkan ketua jurulatih.

“Kita tidak boleh leka dan memandang rendah kemampuan lawan, sebaliknya beraksi dengan lebih mantap dan tidak seharusnya membenarkan gawang dibolosi dengan mudah,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya