Dortmund hukum benteng rapuh United

Dortmund hukum benteng rapuh United

PEMAIN Borussia Dortmund mengawal bola ketika perlawanan pramusim menentang Manchester United awal pagi tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LAS VEGAS: Kelalaian barisan pertahanan Manchester United digunakan sebaik mungkin oleh Borussia Dortmund untuk menumpaskan gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL) itu 3-2 dalam aksi pramusim di Amerika Syarikat (AS) semalam.

Jaringan separuh masa kedua oleh pemain gantian Dortmund, Youssoufa Moukoko membuktikan perbezaan dalam pertembungan yang menghiburkan ribuan penyokong di Stadium Allegiant iaitu gelanggang pasukan NFL, Las Vegas Raiders.

Pengurus United, Erik Ten Hag menurunkan ramai pemain simpanan dalam kesebelasan utama, meninggalkan nama besar seperti Marcus Rashford, Bruno Fernandes dan pemain baharu Mason Mount di bangku simpanan.

The Red Devils berjaya memberikan tentangan kepada Dortmund pada separuh masa pertama, mendominasi untuk tempoh yang lama sebelum Diogo Dalot meletakkan United di depan pada minit ke-24 hasil rembatan jarak jauh.

Bagaimanapun, Dortmund menghidupkan permainan pada minit-minit akhir separuh masa pertama, dengan memperoleh dua gol dalam tempoh seminit melalui penyerang antarabangsa Belanda, Donyell Malen.

Biarpun cuba dihalang pertahanan United, Adeyemi masih mampu melakukan hantaran kepada Malen, yang menyambar bola untuk menjaringkan gol dari jarak dekat.

Malen meraih gol kedua seminit kemudian, kali ini menyambar bola dari kawalan pertahanan United, Victor Lindelof yang cuba membuat hantaran ke belakang.

United bernasib baik kerana tidak ketinggalan 1-3 pada pembukaan separuh masa kedua, apabila satu lagi kesilapan dilakukan pemain pertahanan, kali ini oleh Harry Maguire, membenarkan Sebastien Haller merembat ke gawang.

Penjaga gol United, Andre Onana menyelamatkan percubaan itu dan kemudian menghela nafas lega apabila percubaan susulan Adeyemi tersasar keluar walaupun pintu gol terbuka luas.

United kembali menyamakan kedudukan pada minit ke-52, apabila penyerang Brazil, Antony melakukan rembatan rendah dari dalam kotak penalti selepas pemain veteran Dortmund, Mats Hummels gagal mengeluarkan bola.

Ten Hag melakukan pertukaran ketika aksi berbaki 30 minit dengan memasukkan Rashford untuk memberikan lebih banyak ancaman menyerang.

Bagaimanapun, Dortmund lebih berhak untuk keluar sebagai pemenang apabila pemain veteran Marco Reus bijak mencari Moukoko sebelum meledakkan gol kemenangan.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya