De Jong sasaran terbaharu Guardiola

De Jong sasaran terbaharu Guardiola

FRENKIE De Jong menjadi sasaran utama Manchester City untuk memperkuatkan bahagian tengah mereka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANCHESTER: Pep Guardiola kini menyasarkan Frenkie De Jong pada jendela perpindahan musim panas ini selepas melupakan hasrat membeli Declan Rice.

Begitupun Barcelona me­nuntut 90 juta pound (RM533 juta) untuk bintang tengah Belanda itu, jumlah yang pada awalnya sedia dikeluarkan oleh City ketika cuba mendapatkan Rice.

Guardiola kini berusaha ­mencari pemain tengah bagi mengisi kekosongan Ilkay Gundogan yang menolak perjanjian baharu untuk menyertai Barcelona.

Pengendali dari Sepanyol itu membatalkan hasrat membeli Rice kerana harga yang di­letakkan West Ham terlalu tinggi berbanding yang sedia mereka ­bayar, sekali gus membuka laluan kepada Arsenal untuk mendapatkan bintang England tersebut.

Guardiola pernah cuba membeli De Jong pada 2019, sebelum pemain Belanda itu terpengaruh dengan kontrak besar di Camp Nou.

De Jong, 26, juga menjadi sasaran Manchester United yang dibimbing bekas jurulatihnya ketika di Ajax, Erik Ten Hag.

Biarpun memilih untuk kekal di Sepanyol tahun lalu, De Jong kini sedar Barcelona yang ter­desak untuk memulihkan kewangan bersedia melepaskan beberapa bintang mereka.

Dia menerima gaji 232,000 pound (1.37 juta) seminggu di Barcelona dan mempunyai baki kontrak tiga tahun. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya