Cavendish enggan emosi rosakkan perlumbaan

Cavendish enggan emosi rosakkan perlumbaan

Mark Cavendish bakal membuat penampilan terakhir dalam Tour de France yang akan membuka saingan di Bilbao, Sepanyol hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS: Mark Cavendish sedar dia perlu mengetepikan emosi dalam misi mencari kemena­ngan pada penampilan terakhir dalam Tour de France (TdF).

Pelumba Britain berusia 38 tahun itu akan membuat penampilan ke-14 hari ini ketika dia melangkah ke bulan-bulan terakhir kerjayanya yang gemilang, setelah mengumumkan persaraan, Mei lalu.

Cavendish, pemilik empat kejuaraan dunia dan pemenang pingat Olimpik berkata, tiada apa yang setanding TdF, jelajah berbasikal paling berprestij yang kini memasuki edisi ke-110.

Berjaya memenangi 34 pe­ringkat dalam TdF menjadikannya legenda berbasikal lebuh raya setanding Eddy Merckx.

Tiga minggu selepas ini akan menjadi perpisahan untuknya, namun dia tidak boleh membiarkan emosi menguasai diri.

“Saya tahu masih ada kerja perlu dilakukan. Keseluruhan pengalaman di Perancis, tidak dapat digambarkan. Perlumbaan ini memberi anda emosi luar biasa.

“Saya tahu ini adalah yang terakhir, namun ada kerja perlu dilakukan dan saya agak sedih,” katanya.

SEBAHAGIAN peserta Tour de France menjalani latihan semalam dalam persiapan memulakan peringkat pertama Tour de France di Bilbao, utara Sepanyol hari ini. – AFP

Selepas berada dalam kea­daan sukar ekoran kejatuhan pasukan B&B Hotels, dia tiba-­tiba menerima tawaran daripada Astana-Qazaqstan yang tidak mempunyai pelumba pecut.

Bekas rakan sepasukan ­Cavendish, Mark Renshaw yang menyertai Astana sebagai perunding utama minggu lalu percaya, pasukan itu telah membangunkan projek berterusan dan bersedia menggegar edisi ke-110 TdF.

“Dengan memiliki pelumba pecut baharu bermakna pasukan Astana-Qazaqstan mampu menjadi pencabar yang luar biasa dalam perlumbaan kali ini.

“Mereka cuma memerlukan masa untuk berlatih, menyesuaikan diri dan mempelajari situasi perlumbaan,” ­katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya