Catatan 10.25s letakkan Azeem di tangga kelima Asia

Catatan 10.25s letakkan Azeem di tangga kelima Asia

AZEEM Fahmi menamatkan perlumbaan 100m Kejohanan Asia di tangga kelima dengan catatan 10.25s.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Hasrat pelari pecut remaja negara,  Muhammad Azeem Fahmi untuk menaiki podium pada Kejohanan Olahraga Asia di Bangkok tidak kesampaian apabila menamatkan perlumbaan 100 meter (m) di tangga kelima, sebentar tadi.

Azeem, 19, yang bermula di lorong ketujuh menamatkan perlumbaan akhir dengan masa 10.25 saat (s), berkongsi catatan dengan atlet Qatar, Femi Aeun Ogunode yang berada di tempat keempat.

Perlumbaan di Stadium Nasional Suphachalasai, Thailand itu dimenangi pelari Jepun, Hiroki Yanagita  yang mencatat kepantasan 10.02s, sekali gus memperbaiki masa peribadi terbaiknya.

Abdullah Abkar Mohammed dari Arab Saudi membawa pulang pingat perak dengan 10.19s, manakala gangsa miliki pelari Iran, Hassan Taftian (10.23s).

Kegagalan Azeem, yang memegang rekod kebangsaan dengan catatan 10.09s menaiki podium bermakna Watson Nyambek kekal sebagai pelari terbaik Malaysia dalam acara 100m Kejohanan Asia dengan meraih perak di Fukuoka, Jepun pada 1998.

Pencapaian terbaik Malaysia dalam Kejohanan Asia pula adalah pada 2007 apabila meraih dua emas iaitu menerusi Lee Hup Wei (lompat tinggi lelaki) dan Roslinda Samsu (lompat bergalah wanita).

Pingat terakhir kontinjen pulang disumbangkan jaguh lempar cakera, Muhammad Irfan Shamsuddin dalam Kejohanan Asia 2017 di Bhubaneswar, India. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya