Bola lisut Malaysia bakal dapat padang latihan

Bola lisut Malaysia bakal dapat padang latihan

Aksi perlawanan Liga Besbol Kebangsaan (NBL) 2023 yang berlangsung di Padang Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Persekutuan Besbol Malaysia (BFM) mungkin akan mendapat padang latihan mereka sendiri yang berpusat di Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang apabila KBS dan MSN berminat untuk membangunkan sukan bola lisut secara serius.

Perkara ini dimaklumkan oleh Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Ahmad Shapawi Ismail yang menjelaskan satu persefahaman sudah pun dicapai oleh BFM dan Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

Bagaimanapun perkara ini masih perlu perbincangan lanjut dengan pihak UPM memandangkan padang sedia ada yang digunakan oleh BFM untuk penganjuran Liga Besbol Kebangsaan (NBL) merupakan hak milik universiti berkenaan.

“Untuk padang, pihak persatuan sendiri sudah mengadakan perbincangan dengan Kementerian Belia dan Sukan, dan mereka telah mencapai satu persefahaman untuk menjadikan UPM sebagai salah satu padang sukan ini.

“Besbol ketika ini tidak mempunyai padang, jadi InsyaAllah UPM akan menjadi lokasi padang besbol yang pertama di Malaysia nanti.

“Kerana tanah ini milik UPM, satu agensi yang lain, sudah tentu kita perlu kerjasama antara KBS dan UPM untuk menjadikan padang ini padang rasmi besbol. Kita tidak mahu kita bantu buatkan padang ini padang besbol, dan esok dia bertukar menjadi padang bola,” jelas Shapawi yang ditemui pemberita ketika  Majlis Perasmian NBL 2023 di Padang Besbol UPM semalam.

Aksi perlawanan Liga Besbol Kebangsaan (NBL) yang berlangsung di Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang hari ini.

Majlis turut disempurnakan oleh Pemangku Raja Perlis merangkap Penaung Diraja Persekutuan Besbol Malaysia (BFM), Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail serta Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh dan Presiden BFM, Sazali Husain.

NBL 2023 diadakan buat julung kalinya pada tahun ini dan telah pun bermula sejak 10 Jun lalu. 

Untuk edisi kali ini, sebanyak lapan pasukan terdiri daripada Perlis, Perak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor mengambil bahagian dan telah berjaya menghimpunkan seramai  184 orang peserta berusia 20 hingga 30 tahun.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya