Bertrand penerjun pertama Malaysia raih tiket Sukan Olimpik 2024

Bertrand penerjun pertama Malaysia raih tiket Sukan Olimpik 2024

Bertrand Rhodict antara atlet yang menerima insentif sumbangan Milo.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pada ketika rakan-rakan seniornya mempamer aksi kurang memberangsangkan di Fukuoka, Jepun, Bertrand Rhodict Lises meredakan kem terjun negara apabila muncul penerjun Malaysia pertama meraih tiket ke Sukan Olimpik 2024 di Paris.

Penerjun remaja berusia 18 tahun itu mengesahkan slot tersebut selepas melangkah ke final 10 meter (m) platform individu lelaki dalam Kejohanan Akuatik Dunia, dan akan meneruskan perjuangan di pentas akhir esok.

Rhodict menamatkan saingan separuh akhir hari ini dengan mengumpul 420.70 mata untuk berada pada kedudukan ke-10 daripada 18 peserta.

Dia berjaya memenuhi syarat ke final iaitu berada dalam kelompok 12 terbaik separuh akhir, sekali gus layak ke Paris.

Penerjun China, Lian Junjie mengungguli saingan dengan mengutip 505.50 mata, diikuti Cassiel Rousseau dari Australia (494.10 mata) dan seorang lagi atlet China, Yang Hao ketiga (484.90 mata).

Sementara itu, nasib berbeza menimpa seorang lagi penerjun negara, Enrique Maccartney Harold hanya mencatat 308.20 mata untuk berada pada kedudukan ke-39 daripada 40 peserta. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya