Bekas juara dunia tagih bantuan Hafiz untuk buru emas Olimpik

Bekas juara dunia tagih bantuan Hafiz untuk buru emas Olimpik

MUHAMMAD Hafiz Hashim kini melatih P.V Sindhu di Akademi Badminton Suchitra, Hyderabad, India. - FB HAFIZ HASHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bekas juara All England 2003, Muhammad Hafiz Hashim telah disunting secara peribadi oleh juara dunia 2019, P.V Sindhu untuk membantunya memburu pingat emas dalam Sukan Olimpik Paris 2024.

Hafiz yang kini berkhidmat sebagai jurulatih di Akademi Badminton Suchitra, Hyderabad, India mengakui terkejut memandangkan tugas asalnya hanyalah melatih pemain-pemain di kelab itu untuk tempoh tiga tahun.

Bagaimanapun Sindu yang merupakan pemenang pingat gangsa Olimpik Tokyo 2020 te­lah memohon kepada Persatuan Badminton India (BAI) untuk menggunakan khidmat Hafiz selepas membuat keputusan berpisah dengan bekas jurulatihnya, Park Tae-Sang sejak Februari lalu.

“Sindhu memang berlatih bersama kelab Suchitra, jadi memang secara tidak langsung memang saya ada membantu dia dalam sesi latihan. Tetapi kini dia sudah tidak mempunyai jurulatih, dia memohon kepada persatuan untuk saya membimbingnya sehingga Paris 2024.

“Jika mereka bersetuju, tugas saya nanti hanyalah melatih Sindhu sahaja, dan kami akan kekal berlatih di sini (Suchitra), mungkin akan ada dua tiga hari berlatih di Stadium Gawchiboli, tempat di mana Sindhu sering berlatih tetapi memang kita tidak akan ke kem latihan kebangsaan di Akademi Badminton Gopichand,” kata Hafiz kepada Mingguan Malaysia.

Sekiranya permohonan Sindhu itu mendapat kelulusan, Hafiz akan mula mengikuti pemain berusia 27 tahun itu di kejohanan antarabangsa bermula di Terbuka Korea yang akan berlangsung pada 19 hingga 23 Julai depan.

Ini juga kesempatan buat Hafiz untuk menjejakkan kaki ke Sukan Olimpik memandangkan dia tidak pernah berpeluang untuk beraksi di temasya sukan terbesar dunia itu ketika bergelar pemain.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya