BAM perlu masa kaji kedudukan Misbun

BAM perlu masa kaji kedudukan Misbun

Timbalan Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk V.Subramaniam (kanan) bersama Presiden BAM dan pemenang final Jelajah Remaja Elit 2023 yang berlangsung di Dewan Badminton Dato' Haji Sidek, Kuala Lumpur semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Talian hayat pengendali skuad perseorangan badminton remaja negara, Datuk Misbun Sidek dipanjangkan untuk seminggu lagi selepas Persatuan Badminton Malaysia (BAM) masih memerlukan masa sebelum memutuskan nasib jurulatih berusia 63 tahun itu.

Nasib Misbun kini dihujung tanduk selepas kegagalan skuad remaja negara di Kejohanan Badminton Remaja Asia di Jogjakarta, Indonesia pada awal bulan ini.

Ini merupakan kegagalan kedua Misbun selepas aksi longlai ditampilkan barisan pemain negara ketika beraksi di Kejohanan Remaja Dunia di Santander, Sepanyol tahun lalu.

Menurut Timbalan Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk V. Subramaniam yang juga Pengerusi Jawatankuasa Khas, pihaknya masih memerlukan masa untuk menilai laporan bedah siasat yang telah diserahkan sebelum membuat keputusan.

Baginya keputusan yang dibuat bukanlah bersifat menghukum sebaliknya ingin memperbaiki prestasi suram skuad remaja negara ketika ini.

“Jawatankuasa khas masih dalam perbincangan dan minggu depan akan ada satu lagi mesyuarat, jadi masih belum ada sebarang keputusan (kedudukan Misbun). Semuanya masih lagi dalam penilaian.

“Kita semua sedang lihat apa yang silap dan kita mahu betulkan keadaan tersebut. Mungkin perlukan satu minggu lagi dan jawatankuasa ini bukanlah berniat untuk hukum sesiapa,” katanya ketika ditemui pada aksi final Jelajah Remaja Elit 2023 di Kuala Lumpur semalam.

Kejohanan ini juga bakal menjadi BAM untuk mencari bakat baru dengan beberapa pemain yang menonjol akan dipilih menyertai sesi latihan di Akademi Badminton Malaysia (ABM), Bukit Kiara.

“Sekarang mereka (juara) sudah ada keputusan, jadi selepas ini ABM akan kaji dan tengok mana-mana pemain yang sepatutnya. Mungkin minta mereka datang buat pemilihan di ABM dan mereka memang ada peluang (sertai ABM).

“Kita akan cari satu rancangan untuk jemput mereka datang ke ABM dan jalani latihan selama dua minggu. Dari situ kita akan buat pemilihan siapa yang boleh sertai program remaja,” ujarnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya