Aznil dan Aniq tarik diri dari Sukan Asia 2023

Aznil dan Aniq tarik diri dari Sukan Asia 2023

Aznil Bidin
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Dua jaguh angkat berat negara, Mohamad Aznil Bidin dan Muhammad Aniq Kasdan terpaksa melupakan hasrat untuk beraksi Sukan Asia Hangzhou yang dijadualkan berlangsung pada 23 September hingga 8 Oktober depan.

Keputusan ini dibuat susulan tarikh temasya sukan itu bertembung dengan penganjuran Kejohanan Angkat Berat Dunia yang berlangsung di Riyadh, Arab Saudi pada 2 hingga 17 September.

Jelas Aniq, dia dan Aznil terpaksa memilih untuk memberi tumpuan kepada Kejohanan Dunia memandangkan saingan tersebut menawarkan mata kelayakan ke Sukan Olimpik Paris 2024.

Sukan Asia 2018 Jakarta/Palembang menyaksikan Persatuan Angkat Berat Malaysia (PABM) mengambil keputusan drastik untuk menggantung pasukan pasukan kebangsaan sekaligus tidak menghantar sebarang wakil ke temasya tersebut susulan terpalit dengan pelbagai isu doping.

“Selepas ini saya dan Aznil akan ke Arab Saudi untuk kejohanan dunia pada September ini sebab ia salah satu kejohanan kelayakan ke Olimpik.

“Jadi kami buat keputusan untuk tidak menyertai Sukan Asia kerana jadual pertandingan itu bertindih dengan kejohanan dunia. Jadi saya harap di kejohanan dunia itu mampu untuk menampilkan aksi yang terbaik untuk layak ke Olimpik,” jelas Aniq.

Persaingan untuk memburu tiket Sukan Olimpik Paris 2024 juga semakin sengit antara kedua-dua badang negara ini memandangkan Aznil dan Aniq kini bersaing dalam kategori sama iaitu, 61 kilogram (kg) dengan Persekutuan Angkat Berat Dunia (IWF) menetapkan hanya satu wakil sahaja layak untuk beraksi dalam satu kategori di temasya itu nanti.

Kali terakhir atlet angkat berat layak ke Sukan Olimpik adalah menerusi Mohd Hafifi Mansor ketika edisi 2016 di Rio de Janeiro, Brazil.

“Ketika ini saya berada di kedudukan ke-11 manakala Aznil berada di tempat ke-10. Untuk kelayakan Olimpik ini hanya seorang sahaja dari kami akan layak.

“Jadi saya perlu berusaha dengan lebih gigih lagi selepas ini. Jadi kami akan bersaing secara sihat dan siapa yang lebih baik akan layak,” tambahnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya