Azeem janji pingat pada Sukan Asia

Azeem janji pingat pada Sukan Asia

AZEEM Fahmi bersama pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Presint 8 (1) Putrajaya kelmarin dalam sesi ‘meet & Greet’ kelmarin. - IHSAN MSN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Tidak mahu terus mengenang kekecewaan pada Kejohanan Olahraga Asia di Bangkok, Muhammad Azeem Fahmi tekad berlari lebih pantas dalam Sukan Asia di Hangzhou, China, September ini.

Selain mencatat rekod lebih baik, Azeem juga tidak mahu terlepas pingat untuk dihadiahkan kepada negara.

Pemegang rekod kebangsaan 100 meter (m) dengan 10.09 saat (s) itu melihat ia bukan sesuatu yang mustahil untuk menamatkan saingan di kedudukan podium pada Sukan Asia dan tidak sabar untuk bersaing dengan tiga pencabar iaitu pelari Jepun, Hiroki Yanagita dan jaguh pecut

Thailand, Puripol Boonson.

“Puripol buat keputusan bijak untuk tidak beraksi pada Kejohanan Olahraga Asia di Bangkok akibat kecederaan.

“Kami bertiga (Azeem, Ya­nagita dan Puripol) pernah bersaing di Colombia (Kejohanan Olahraga Bawah 20 Tahun Dunia, Ogos tahun lalu). Kedudukan waktu itu Puripol keempat, saya kelima dan pelari Jepun itu keenam.

“Kami bertiga akan kembali bertemu di Sukan Asia. Saya percaya mereka akan mempa­mer peningkatan prestasi tetapi saya akan pastikan saya buat lebih baik berbanding mereka untuk memenangi pingat di ­Sukan Asia,” kata Azeem.

AZEEM Fahmi (kanan) bersama juara 400m Sukan SEA, Umar Osman.

Pada Kejohanan Olahraga Asia baru-baru ini, Azeem terpaksa akur apabila menamatkan saingan dalam aksi final 100m di tempat kelima yang menyaksikan pingat emas dimenangi pelari Jepun, Yanagita.

Pelari berusia 19 tahun itu akan kembali ke Universiti Auburn di Alabama bagi menjalani latihan hujung minggu ini dan dijangka pulang semula ke tanah air dua minggu sebelum temasya Sukan Asia bermula.

“Saya sudah berbincang ­dengan MSN (Majlis Sukan Negara) dan mereka bersetuju untuk saya kembali memperkuatkan kuartet dua minggu sebelum Sukan Asia,” ujarnya.

Kata Azeem, dia juga sudah pulih sepenuhnya daripada kecederaan pangkal paha yang dialami pada Kejohanan Persa­tuan Olahraga Kolej Kebangsaan AS (NCAA), Mei lalu.

Datuk Rabuan Pit muncul atlet pecut lelaki negara terakhir menaiki podium Sukan Asia dengan muncul juara 100m di New Delhi 1982.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya