Azeem bebas sebarang kecederaan

Azeem bebas sebarang kecederaan

Muhammad Azeem Fahmi
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jaguh pecut sensasi negara, Muhammad Azeem Fahmi berada di prestasi terbaik menjelang Kejohanan Olahraga Asia yang akan berlangsung di Pattaya, Thailand pada 12 hingga 16 Julai ini.

Keyakinan itu hadir selepas atlet kelahiran Ipoh, Perak itu dilaporkan sudah sudah pulih daripada kecederaan pangkal paha yang dialami sebelum ini dan bersedia membawa cabaran negara di kejohanan berkenaan.

Ketika ini, jaguh pecut negara itu berada di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) bagi menyertai kem latihan pusat bersama pelari pecut negara yang lain sambil dipantau jurulatih pecut negara, Mohd. Poad Md Kassim.

“Azeem sudah berada dalam fasa bersedia untuk kejohanan Asia. Kecederaannya juga sudah pulih.

“Sepanjang berada di UPSI, kami sediakan perkhidmatan fisioterapi khas untuk Azeem dan atlet yang lain. InsyaAllah semua akan berjalan lancar dan doakan kejayaan atlet kita di Thailand nanti,” kata Poad.

Pada Mei lalu, Muhammad Azeem mengalami kecederaan pangkal paha kanan di Kejohanan Trek dan Padang Persatuan Olahraga Kolej Kebangsaan (NCAA).

Jika segalanya berjalan lancar, Muhammad Azeem berpotensi untuk menaiki podium di Kejohanan Asia kali ini berdasarkan rekod ranking 100 meter (m) Asia 2022.

Berdasarkan catatan semasa, Muhammad Azeem ketika ini berada di kedudukan kelima dengan catatan rekod kebangsaan 10.09 saat (s) di Kejohanan Olahraga Remaja Dunia di Cali, Colombia, Ogos tahun lalu.

Kehadiran jurulatihnya, Ken Harnden yang bertanggungjawab membimbing Muhammad Azeem di Universiti Auburn di Amerika Syarikat (AS), yang akan diterbangkan khas untuk memantau prestasinya di Pattaya nanti, diharap mampu membawa sinar buat kem olahraga negara.

Di Pattaya nanti Azeem dijangka menerima tentangan daripada Yupun Abeykoon dari Sri Lanka yang kini memegang status nombor satu Asia tahun lalu dengan catatan 9.96s manakala Abdul Hakim Sani Brown (Jepun) di kedudukan kedua, 9.98s.

Seorang lagi atlet Jepun, Ryuichiro Sakai berada di kedudukan ketiga dengan catatan 10.02s.

Di Pattaya nanti, Azeem akan beraksi dalam acara 100m dan 4x100m bersama Khairul Hafiz Jantan, Jonathan Nyepa dan Muhammad Thaqif Hisham.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya