Asia pentas sebenar JDT

Asia pentas sebenar JDT

TIDAK tertawan dalam Liga Malaysia, Johor Darul Ta’zim kini mengejar pencapaian terbaik di pentas Asia.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sudah tidak terkejar lawan dalam saingan bola sepak domestik, Johor Darul Ta’zim (JDT) harus mencabar diri untuk meraih pencapaian tertinggi di pentas Asia.

Bukan bertukar liga seperti yang pernah disarankan beberapa pemerhati bola sepak tempatan, sebaliknya berjaya memberi cabaran sengit kepada kelab-kelab gergasi Asia akan memberi kepuasaan kepada Harimau Selatan.

Pernah merangkul Piala AFC pada 2015, iaitu kejuaraan kelas kedua Asia, pencapaian terbaik JDT dalam saingan lebih berprestij dan elit, Liga Juara-Juara Asia (ACL) adalah melangkah di pusingan kedua.

Harimau Selatan akan bertarung lagi di pentas ACL, September ini, dan pemerhati sukan tanah air, Datuk Dr. Pekan Ramli berharap anak-anak buah Esteban Solari dapat membuktikan mereka bukan sekadar ‘jaguh kampung’ dengan menjadi pencabar terhebat kejohanan.

“Kekuatan pemain import dan naturalisasi JDT memang sukar ditandingi mana-mana pasukan lain. Kalau kelab lain ada pemain import dan naturalisasi pun, tidak sehebat dimiliki JDT.

“Saya berasa JDT perlu atau sepatutnya pergi lebih jauh dari apa yang mereka peroleh sebelum ini di pentas ACL dengan berdasarkan kekuatan dimiliki mereka ketika ini,” katanya.

Sabtu lalu, JDT mempertahankan kejua­raan Piala FA selepas menumpaskan Kuala Lumpur City (KL City) 2-0, sekali gus meletakkan mereka di landasan untuk memburu empat gelaran seperti yang dilakukan tahun lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya