Antara Azeem dan Shereen, siapa bakal ke Kejohanan Dunia?

Antara Azeem dan Shereen, siapa bakal ke Kejohanan Dunia?

MUHAMMAD AZEEM FAHMI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Perebutan slot ‘wildcard’ ke Kejohanan Olahraga Dunia yang akan berlangsung di Budapest, Hungary pada 19 hingga 27 Ogos depan membabitkan dua atlet utama negara menjadi lebih sengit menjelang pengumumannya pada 1 Ogos depan.

Ketika ini, tiada seorang pun atlet negara yang berjaya melayakkan diri secara merit ke kejohanan itu dengan tarikh akhir kelayakan adalah pada 31 Julai.

Justeru Malaysia bakal menghantar atlet negara ke negara itu menggunakan tiket wildcard dengan dua atlet utama berada dalam senarai antaranya jaguh pelari pecut negara, Muhammad Azeem Fahmi dan pemenang pingat emas acara 400 meter (m) Sukan SEA Kemboja, Shereen Samson Vallabuoy.

Berdasarkan ranking Olahraga Dunia (WA), Azeem kini berada di tangga ke 90 dunia dengan mengumpul 1186 mata.

PUTRAJAYA 24 JULAI 2023 – Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh memulakan larian atlet olahraga kebangsaan, Muhammad Azeem Mohd Fahmi dan Umar Osman pada Sesi Meet & Greet di SMK Presint 8 (1), Putrajaya di sini, hari ini. (FOTO: FAISOL MUSTAFA/UTUSAN MALAYSIA)

Shereen pula berada di ranking ke 116 dunia, namun tahun ini pelari kelahiran Ipoh tersebut menunjukkan prestasi memberangsangkan dengan memenangi pingat emas Sukan SEA Kemboja 2023 selain turut memecahkan rekod kebangsaan acara 400 meter (m) pecut wanita.

“Benar, saya berharap dapat beraksi di kejohanan itu, kerana berdasarkan ranking Olahraga Dunia, saya merupakan atlet Malaysia yang mengumpul mata tertinggi.

“Bagaimanapun jika bukan rezeki saya, saya akan memberikan tumpuan kepada Sukan Asia Hangzhou,” jelas Azeem yang ditemui ketika sesi bertemu peminat di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Putrajaya Precint 8 (1), Putrajaya hari ini.

PUTRAJAYA 24 JULAI 2023 – Atlet Olahraga Kebangsaan, Muhammad Azeem Mohd Fahmi bergambar dengan pelajar pada Sesi Meet & Greet di SMK Presint 8 (1), Putrajaya di sini, hari ini. (FOTO: FAISOL MUSTAFA/UTUSAN MALAYSIA)

Berbanding Azeem, Shereen pernah beraksi di Kejohanan Olahraga Dunia tahun lalu di Oregon, Amerika Syarikat (AS) namun gagal menyerlah apabila tersekat seawal pusingan pertama dengan catatan 53.56 saat (s).

SHEREEN Samson Vallabouy menjadi atlet Malaysia pertama memenangi emas 400m wanita Sukan SEA dalam tempoh 26 tahun. – UTUSAN/AMIR KHALID

Difahamkan Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) telah pun membuat rayuan untuk kepada Olahraga Dunia untuk meraih dua slot, membabitkan atlet lelaki dan wanita namun badan induk itu terpaksa menanti pada 1 Ogos depan untuk pengumuman rasmi senarai penuh atlet yang layak ke saingan tersebut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya