Ancelotti tak cukup bagus untuk latih Brazil - Presiden Brazil

Ancelotti tak cukup bagus untuk latih Brazil – Presiden Brazil

CARLO ANCELOTTI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RIO DE JANEIRO: Presiden Brazil, Luiz Inacio Lula da Silva atau lebih dikenali sebagai Lula mengkritik pelantikan Carlo Ancelotti sebagai Ketua Jurulatih skuad bola sepak kebangsan Brazil yang baharu, dengan mendakwa, lebih baik dia menyelesaikan masalah pasukan Itali.

Ancelotti dari Itali yang telah memenangi Liga Juara-Juara dengan rekod empat kali sebagai jurulatih akan memulakan tugasnya sebelum Copa America di Amerika Syarikat, Jun depan selepas menghormati tahun terakhir kontraknya bersama Real Madrid.

“Mengapa dia tidak menyelesaikan masalah Itali, yang tidak layak ke Piala Dunia 2022?” kata Presiden Lula.

Sementara itu, jurulatih Fluminense, Fernando Diniz akan bertanggungjawab membimbing Brazil untuk perlawanan pembukaan kelayakan Piala Dunia 2026 mereka.

“Saya peminat Diniz. Dia mempunyai keperibadian, kreativiti dan dialah yang memerintah bilik persalinan,” kata Lula.

Konfederasi Bola Sepak Brazil (CBF) telah memilih Ancelotti yang berusia 64 tahun kerana percaya salah seorang jurulatih paling berjaya dalam sejarah bola sepak Eropah akan membawa mereka trofi Piala Dunia keenam dan yang pertama sejak 2002.

 

PRESIDEN LULA

Hasrat itu semakin hebat selepas melihat seteru mereka, Argentina merangkul kejuaraan dunia di Qatar tahun lalu sedangkan Brazil tersungkir pada suku akhir, yang turut membawa kepada pengunduran Tite sebagai jurulatih.

“Sangat mudah untuk melatih kelab di Eropah dengan 11 pemain antarabangsa dalam pasukan.

“Apa yang sukar ialah datang ke sini dan melatih Corinthians (kelab Brazil yang berada dalam bahaya penyingkiran daripada liga teratas).

“Saya ingin melihat sama ada Ancelotti melakukan kerja yang baik jika dia melatih Corinthians,” katanya.

Lula berasa pesimis bahawa tidak kira siapa jurulatih mereka akan menghadapi masa yang sukar dalam kelayakan Piala Dunia bersama generasi pemain Brazil sekarang.

“Masalahnya bukan Diniz, masalahnya hari ini kami tidak memiliki tahap pemain yang kami ada pada era sebelumnya,” kata Lula.

Ancelotti akan menjadi pemain bukan Brazil keempat yang melatih Brazil. Yang terakhir ialah Filpo Nunez dari Argentina yang bertanggungjawab untuk satu perlawanan pada 1965. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya