Alcaraz belum bersedia jadi pengganti Djokovic, Federer, Nadal

Alcaraz belum bersedia jadi pengganti Djokovic, Federer, Nadal

CARLOS Alcaraz merangkul kejuaraan Wimbledon pertama.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Carlos Alcaraz enggan disebut-sebut sebagai pengganti kepada tiga legenda tenis, Novak Djokovic, Rafael Nadal dan Roger Federer selepas muncul juara Wimbledon kelmarin.

Alcaraz merangkul Grand Slam keduanya selepas kemenangan di Terbuka Amerika Serikat (AS) tahun lalu, tetapi menolak sebarang perbandingan tiga nama besar tenis lelaki itu.

Jaguh muda Sepanyol berusia 20 tahun itu juga mendedahkan, dia banyak belajar daripada kesilapan ketika kalah kepada Djokovic pada separuh akhir Terbuka Perancis, Jun lalu apabila menumpaskan bintang Serbia tersebut 1-6, 7-6 (8/6), 6-1, 3-6, 6-4.

CARLOS Alcaraz bersama juara wanita, Marketa Vondrousova.

“Seronok apabila orang berkata tentang perkara itu, tetapi Djokovic masih ada dan Rafa (Nadal) juga begitu.

“Mungkin pada masa akan datang kita boleh bercakap tentang itu..jauh, beberapa tahun ke depan lagi tapi sekarang, ia bukan masa yang sesuai,” kata Alcaraz kepada CNN.

Kata pemain No. 1 dunia itu, pertembungan dengan Djokovic kali ini berbeza dengan separuh akhir Terbuka Perancis kerana persiapan yang dilakukan.

NOVAK Djokovic gagal merangkul kejuaraan Wimbledon kali kelapan.

“Saya telah bersedia dari segi mental dan mempunyai perasaan yang sama sekali berbeza sebelum dan semasa perlawanan.

“Saya mampu menangani tekanan dengan lebih baik berbanding di Terbuka Perancis.

“Secara fizikal, saya sudah bersedia untuk bermain perlawanan seperti ini, yang terasa seperti maraton. Saya sangat bangga bermain di peringkat ini, iaitu lima jam menentang legenda,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya