Aira selangkah tamatkan kemarau 22 tahun

Aira selangkah tamatkan kemarau 22 tahun

AIRA AZMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kali terakhir Malaysia menjulang gelaran Skuasy Remaja Dunia ialah menerusi Datuk Nicol David pada 2001 dan pemain muda negara, Aira Azman berpeluang menamatkan kemarau tersebut apabila mara ke perlawanan akhir di Melbourne, Australia hari ini.

Diletakkan sebagai pilihan kedua, Aira yang berusia 19 tahun menundukkan pilihan kedua, Fayrouz Abouelkheir dari Mesir menerusi kemenangan straight set 12-10, 11-7, 11-8 dalam masa 28 minit pada separuh akhir.

Kali pertama menjejakkan kaki ke pentas final Kejohanan Skuasy Remaja Dunia, Aira yang menghuni ranking ke-60 dunia bakal menjadi pemain wanita Malaysia pertama jika dia berjaya merangkul gelaran dalam tempoh 22 tahun.

Aira yang berjaya membalas dendam ke atas pemain itu selepas tewas pada final Piala Dunia Persekutuan Skuasy Dunia (WSF) di India, baru-baru ini berkata, dia beraksi dengan sangat baik, semalam.

Dalam perlawanan akhir esok, dia bakal berdepan cabaran getir juara bertahan dan pilihan pertama, Amina Orfi dari Mesir.

Sementara itu, untuk perlawanan akhir lelaki, pemain Pakistan, Mohammad Hamza Khan akan menghitung pertemuan dengan Mohamed Zakaria dari Mesir. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya