Aira, Joachim ke suku akhir Skuasy Remaja Dunia

Aira, Joachim ke suku akhir Skuasy Remaja Dunia

AIRA AZMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Aira Azman meraikan kejayaan berganda selepas mara ke suku akhir Kejohanan ­Skuasy Remaja Dunia di Melbourne, Australia, semalam.

Pemain berusia 19 tahun itu menewaskan wakil Hong Kong, Leung Ka Huen 11-5, 11-7, 11-3 di peringkat 16 terbaik.

Aira yang diletak selaku pilihan ke-3/4 itu turut menerima khabar gembira dari tanah air apabila dia menjadi pemain terakhir layak ke Sukan Asia di Hangzhou, China September ini.

Pada suku akhir, esok, pemain kelahiran Kedah itu bakal berdepan wakil Perancis, Lauren Baltayan yang diletakkan sebagai pilihan ke-9/16.

Pengarah Kejurulatihan Persatuan Raket Skuasy Malaysia (SRAM), Mejar (B) S. Maniam mengesahkan mengenai khabar gembira tersebut bahawa Aira akan membuat penampilan sulung pada temasya tersebut.

“Benar kita kita sudahpun membuat keputusan akhir ­dengan memasukkan Aira sebagai pemain terakhir yang akan ke Hangzhou.

“Selain Aira, Ivan (Yuen), Rachel (Arnold), Syafiq (Kamal) dan Aifa (Azman) pula akan beraksi dalam acara beregu campuran,” katanya.

Sementara itu, pilihan ke-5/8, Joachim Chuah yang menjadi wakil tunggal negara dalam saingan lelaki turut mengikut jejak langkah Aira menundukkan pemain Mesir, Kareem El Torkey 3-11, 11-8, 11-7, 11-4.

Pada suku akhir, Joachim akan bertemu pilihan ke-3/4, Mohammad Hamza Khan dari Pakistan.

Seorang lagi wakil ­Malaysia dalam aksi wanita, K. ­Seh­veetrraa yang berdepan pi­lihan pertama, Amina Orfi dari Mesir tewas straight-set 10-12, 4-11, 2-11 dalam masa 28 minit.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya