Abu Samah dakwa Human Voyage berhutang lebih RM 1 juta

Abu Samah dakwa Human Voyage masih berhutang lebih RM 1 juta

ABU SAMAH WAHAB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Presiden Persatuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), Datuk Abu Samah Abdul Wahab mendedahkan pihak penganjur Le Tour de Langkawi (ltdl) sebelum ini, Human Voyage Sdn Bhd masih belum menyelesaikan hutang tertunggak yang mencecah lebih RM 1 juta.

Ia selepas PKBM menerima laporan daripada Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) apabila terdapat lima pasukan luar negara telah memfailkan aduan kepada badan induk itu apabila masih belum menerima bayaran wang penampilan beraksi di ltdl pada edisi sebelum ini.

Tambah Abu Samah, pihaknya telah cuba untuk menghubungi Human Voyage untuk mendapatkan penjelasan, namun sia-sia setelah panggilan telefon yang tidak diangkat selain tiada individu berada di pejabat. 

“Kalau nak ikutkan perlumbaan tahun lalu berjalan dengan baik. Tapi masalah yang timbul adalah dari segi hubungan antara pasukan dan penganjuran edisi lalu yang menimbulkan masalah dan hingga kini masih belum diselesaikan. 

“Isu paling besar adalah yang mana saya rasa jika kita tak dapat atasi masalah hutang itu tahun ini berkemungkinan besar UCI tidak lagi akan mendaftarkan LTdL dalam kalendar. 

“Sebabnya pasukan akan tanya apa jaminan yang untuk mereka kali ini supaya perkara lalu tak berulang, jadi kita doakan perkara ini dapat diatasi,” jelas Abu Samah yang ditemui selepas  Majlis Pelancaran LTdL 2023 di Menara Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Putrajaya hari ini.

Human Voyage telah dilantik oleh KBS pada 2019 untuk menjadi penganjur perlumbaan ini bagi tempoh tiga tahun, yang berakhir pada 2022 selepas ia tergendala seketika kerana penularan wabak Covid-19.

Situasi ini meletakkan penganjur sedia ada, Majlis Sukan Negara (MSN) dalam keadaan yang cukup mencabar untuk menarik pasukan ternama dunia hadir ke Malaysia.

Justeru Abu Samah mencadangkan agar KBS untuk tidak melepaskan baki wang yang belum dituntut Human Voyage sebanyak RM 1.1 juta serta tambahan bon berjulah RM 400,000 agar ia dapat dilunaskan kepada lima pasukan berkenaan.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya