Aaron,Wooi Yik lolos ke suku akhir Terbuka Jepun

Aaron,Wooi Yik lolos ke suku akhir Terbuka Jepun

AARON CHIA-SOH WOOI YIK – UTUSAN/SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Selepas beberapa wakil negara kandas, beregu lelaki utama negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik muncul penyelamat apabila melangkah ke suku akhir Terbuka Jepun 2023, sebentar tadi.

Aaron-Wooi Yik seperti dijangka mudah mengenepikan beregu Indonesia, Muhammad Shohibul Fikri-Bagas Maulana 21-12, 21-10 dalam tempoh 24 minit untuk mara ke suku akhir.

Kemenangan ke atas beregu ke-14 dunia itu membolehkan Aaron-Wooi Yik yang menduduki ranking keempat dunia merekodkan kemenangan ketiga dalam tiga pertemuan antara mereka.

Di suku akhir yang berlangsung di Gimnasium Yoyogi esok, Aaron-Wooi Yik dijadual bertemu sama ada pilihan kelima dari Jepun, Takura Hoki-Yugo Kobayashi ataupun wakil China, Ren Xiang Yu-Tan Qiang.

Sebelum itu, pemain perseorangan negara, Ng Tze Yong dan tiga lagi pasangan beregu iaitu Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi dan Pearly Tan-M. Thinaah gagal mengikut jejak juara dunia itu.

Sze Fei-Nur Izzuddin kecundang di tangan pilihan kelapan dari China, Liu Yu Chen-Ou Xuan Yi 14-21, 17-21 manakala Yew Sin-Ee Yi dikecewakan beregu Taiwan, Lee Yang-Wang Chi-Lin 21-15, 18-21, 16-21.

Sementara itu, Pearly-Thinaah turut tewas straight set di tangan pilihan utama dari China, Chen Qing Chen-Jia Yi Fan 15-21, 13-21 dalam tempoh 43 minit.

Tze Yong pula tewas di pusingan kedua di tangan wakil Jepun, Koki Watanabe 17-21, 14-21 dalam tempoh 46 minit.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya