Zii Jia tersingkir seawal pusingan pertama Terbuka Indonesia

Zii Jia tersingkir seawal pusingan pertama Terbuka Indonesia

LEE ZII JIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA:  Lee Zii Jia berdepan satu lagi episod malang apabila ditunjukkan jalan keluar seawal pusingan pertama kejohanan badminton Terbuka Indonesia di Jakarta sebentar tadi.

Turun sebagai pilihan kelapan kejohanan, perseorangan lelaki No. 1 negara itu tumpas 17-21, 13-21 kepada pemain No. 20 dunia dari India, Lakshya Sen di Stadium Istora Senayan Bung Karno.

Zii Jia, 25, yang terkeluar daripada kelompok 10 pemain terbaik dunia minggu ini mengalami penyingkiran awal buat kali ketiga berturut-turut selepas Malaysia Masters (pusingan kedua) dan Terbuka Singapura (pusingan pertama).

Biarpun beraksi baik dalam Piala Sudirman di Suzhou, China, Mei lalu, bekas juara All England yang kini menghuni ranking ke-11 dunia itu mengalami tujuh kekalahan di pusingan awal tahun ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya