PETALING JAYA: Impian Jaguh perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia untuk kembali bangkit di Terbuka Singapura tidak kesampaian apabila dia ditunjukkan jalan keluar seawal pusingan pertama.
Zii Jia yang kini berada di ranking No.10 dunia tumpas dalam pertarungan tiga set 22-20, 16-21, 21-19 kepada pemain di kedudukan ke-27 dunia dari China, Weng Hong Yang.
Kegagalan Zii Jia itu seolah-olah mengulangi kegagalan di Malaysia Master 2023 apabila dia tewas di pusingan kedua 19-21, 21-16, 15-21 di tangan pemain Taiwan, Lin Chun Yi.
Kemenangan Hong Yang itu sekali gus membolehkan dia menyamakan rekod pertemuan kepada 1-1 dengan Zii Jia selepas tewas dalam pertembungan sulung antara mereka di separuh akhir Kejohanan Badminton Asia (BAC) tahun lalu.
Menanti Hong Yang pada pusingan kedua esok ialah rakan senegaranya, Li Shi Feng yang terlebih dahulu menang 21-16 19-21 21-14 ke atas seorang lagi wakil Malaysia, Cheam June Wei.-UTUSAN ONLINE