Wyndham hampakan Mcllroy untuk tawan Terbuka AS 2023

Wyndham hampakan Mcllroy untuk tawan Terbuka AS 2023

Pemain Golf Amerika Syarikat (AS), Wyndham Clark dinobatkan sebagai juara Terbuka AS 2023 dalam aksi yang berlangsung di Los Angeles Country Club hari ini. (AFP)
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LOS ANGELES: Pemain gold Amerika Syarikat (AS), Wyndham Clark melakar kejutan untuk menjuarai Terbuka AS 2023 dengan mengecewakan pencabar utama, Rory Mcllroy dengan kelebihan hanya satu pukulan sahaja dalam aksi yang berlangsung di Los Angeles Country Club hari ini.

Memasuki pusingan keempat yang berlangsung hari ini, Clark berjaya melakukan par pada lubang ke 18 untuk mencatakan keseluruhan 270 pukulan, 10 di bawah par, sementara Mcllroy pula melakukan keseluruhan 271 pukulan, sembilan di bawah par.

Ini merupakan gelaran utama sulung buat Clark di dalam saingan Jelajah Persatuan Pemain Golf Amerika Syarikat (PGA).

Aksi pemain gold Amerika Syarikat (AS), Wyndham Clark yang melakar kejutan untuk menjuarai Terbuka AS 2023 di Los Angeles Country Club hari ini. (AFP)

Ini merupakan gelaran utama sulung buat Clark di dalam saingan Jelajah Persatuan Pemain Golf Amerika Syarikat (PGA).

“Saya sudah lama mengimpikan saat sebegini, saya sudah berusaha keras sejak sekian lama, sehinggakan saya pernah terbayang untuk menjadi juara di sini. Saya memang dapat rasakan ini adalah detik yang sesuai untuk saya memenanginya,” jelas Clark.

Bagi Mcllroy, penantiannya untuk menamatkan kemarau sembilan tahun meraih gelaran utama berterusan selepas hanya tewas tipis kepada Clark.

Kali terakhir pemain Ireland Utara ini berjaya melakukan perkara sebegitu adalah ketika menjuarai Kejohanan PGA 2014 yang diadakan di Kelab Golf Valhalla, Louisville.

“Saya rasa saya semakin dekat (dengan kejuaraan), lebih banyak saya meletakkan diri saya dalam kedudukan sebegini, lambat laun sesuatu yang baik akan hadir jua.

“Apabila saya menang di kejohanan yang seterusnya, ia akan menjadi saat yang lebih manis. Saya boleh mengharungi hari Ahad sebegini untuk 100 kali lagi dalam usaha saya mencuba untuk mendapatkan gelaran utama. Destinasi saya yang seterusnya adalah Terbuka British di Royal Liverpool,” kata Mcllroy yang pernah menjulang piala Claret Jug pada 2014.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya