Wonda Coffee, FAM jalin kerjasama:galakkan semangat perpaduan

Wonda Coffee, FAM jalin kerjasama:galakkan semangat perpaduan

Naib Presiden Pemasaran Etika, Amy Gan (kiri) bersama Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Mohd Joehari Mohd Ayub bergambar bersama jersi ketika kerjasama antara Wonda Coffee dan FAM diumumkan di Kuala Lumpur baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jenama kopi terkemuka di Malaysia, Wonda Coffee Malaysia mengumumkan kerjasama bersama Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), baru-baru ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Etika, Santharuban T. Sundram berkata, usaha sama itu adalah untuk mengetengahkan dedikasi jenama ini terhadap sukan bola sepak serta aspirasinya dalam menyokong pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia iaitu Harimau Malaya untuk mencapai lebih banyak pencapaian yang luar biasa dalam sejarah bola sepak negara.

“Sebagai rakan jenama kopi pertama Malaysia, kami telah bekerjasama dengan Harimau Malaya bertujuan untuk memberikan sokongan yang lebih padu serta menginspirasikan rakyat untuk terus menyokong pasukan tersebut dalam melangkah lebih jauh bagi merealisasikan impian untuk bertanding di Piala Dunia FIFA,” katanya.

Beliau menjelaskan, jenama tersebut begitu aktif mempromosikan usaha berfokuskan bola sepak sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

“Komited untuk terus mencipta sejarah menerusi sukan yang digemari rakyat, kerjasama ini merupakan langkah penting dalam menyemarakkan semangat perpaduan dalam kalangan peminat bola sepak tempatan dan mendorong skuad bola sepak kebangsaan untuk terus mengukir kejayaan di pentas antarabangsa,” jelasnya.

Tambah beliau, kerjasama tersebut diharap menjadi pemangkin inspirasi buat pemain bola sepak muda serta seluruh Malaysia untuk bersatu di bawah satu minat yang sama, di samping turut menggapai mimpi dan menyokong pasukan kebangsaan.

Melalui kerjasama ini, kedua-dua pihak akan berusaha untuk mengukuhkan semangat perpaduan dan semangat yang tinggi bagi mengukuhkan ikatan antara rakyat Malaysia.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya