Umar sasar 'World University Games'

Umar sasar ‘World University Games’

PENGERUSI YPIP, Datuk Mohammad Khairi A. Malik mengalungkan pingat emas acara 400m Sukan SEA kepada Umar di Menara MBIP, Johor Bahru.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Pemegang rekod baharu 400 meter (m) kebangsaan, Umar Osman berhasrat memperbaiki rekod masanya pada World University Games di China, Ogos ini.

Pelari berusia berusia 20 tahun itu mencipta sensasi apabila memecahkan rekod kebangsaan dengan catatan menakjubkan 46.34 saat (s) ketika memenangi pingat emas Sukan SEA Kemboja 2023 di Stadium Nasional Morodok Techo, Phnom Penh, bulan lalu.

Pelajar Politeknik Ibrahim Sultan (PIS), Pasir Gudang itu yakin sasaran tersebut mampu digapai, sekali gus melayakkan diri secara merit kategori A ke Sukan Asia Hangzhou di China, September depan.

“Sebelum bertanding di World University Games, saya akan mengambil bahagian pada pertandingan Asia Track & Field di Bangkok pada bulan depan. Saya tidak meletakkan sebarang sasaran untuk pertandingan ini.

“Bagi World University Games pula, jurulatih meletakkan sasaran untuk saya ‘peak’ dengan melakukan ‘personal best’. Saya amat berharap dapat mencipta rekod baharu, sekali gus melayakkan diri secara merit ke Sukan Asia,” katanya selepas majlis penyerahan sumbangan di Menara Majlis Bandaraya Iskandar Puteri, di sini hari ini.

Pada temasya Sukan SEA Kemboja, Umar cemerlang meleburkan rekod kebangsaan Mohd. Zaiful Zainal Abidin yang berusia 22 tahun dengan catatan masa 46.41s pada Kejohanan Olahraga Remaja Asia 2001 di Brunei.

Dalam pada itu, Umar yakin di bawah bimbingan jurulatih Simon Lau Ching Meng mampu mencungkil potensinya untuk beraksi lebih baik dalam acaranya itu, sekali gus melepasi catatan masa 46.17s untuk layak secara merit ke Sukan Asia.

Anak kelahiran Johor itu yakin latihan intensif yang akan dijalani di Singapura hingga 26 Ogos mampu meningkatkan keupayaannya untuk terus mengharumkan nama negara.

“Saya sangat terkejut apabila sahaja meraih emas malah turut berjaya memecahkan rekod kebangsaan, sangat gembira dan mahu terus melakar sejarah dalam acara ini.

“Memandangkan ketika ini adalah cuti semester, maka saya dapat memberi tumpuan penuh untuk menjalani latihan menjadi pelari yang lebih baik,” katanya.

Tambahnya, walaupun tumpuan diberikan pada acara 400m, pelari yang memiliki ketinggian 1.82m itu tidak menolak kemungkinan untuk sertai kejohanan ‘warm-up’ bagi acara dan persiapan untuk mengambil bahagian dalam acara itu pada Sukan Malaysia akan datang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya