Tze Yong 'smash' pilihan pertama Terbuka Thailand

Tze Yong ‘smash’ pilihan pertama Terbuka Thailand

NG TZE YONG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ng Tze Yong melakar kejutan terbesar pada kejohanan badminton Terbuka Thailand apabila menyingkirkan pilihan pertama dari Taiwan, Chou Tien Chen untuk melangkah ke suku akhir hari ini.

Dalam aksi di Stadium Tertutup Huamak, Bangkok, pemain ranking ke-24 dunia itu berhempas pulas dalam pertarungan hampir sejam sebelum menumpaskan Tien Chen 23-21, 23-21.

Ini kemenangan pertama yang diraih Tze Yong ke atas pemain No. 7 dunia itu, sekali gus bakal menempah pertemuan dengan pemenang di antara pilihan kelapan, Lee Cheuk Yiu (Hong Kong) atau jaguh Denmark, Magnus Johannesen.

Seorang lagi perseorangan lelaki negara, Leong Jun Hao yang memulakan kempen dari pusingan kelayakan turut cemerlang mara ke suku akhir selepas menyingkirkan Christo Popov dari Perancis.

 

Bekas juara remaja Asia itu dipaksa berhempas pulas dan bangkit daripada ketinggalan sebelum menang 20-22, 21-13, 21-19 dalam pertarungan sejam, 16 minit.

Cabaran besar, menanti Jun Hao pada suku akhir apabila dijadual bertemu sama ada pemain China, Li Shifeng atau Lakshya Sen dari India yang turun dalam satu lagi aksi pusingan kedua pada Khamis.

Sementara itu, cabaran Malaysia dalam beregu campuran berakhir selepas Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, Goh Soon Huat-Shevon Jemie Lai dan Chang Peng Soon-Cheah Yee See kandas di pusingan kedua.

Beregu sedang meningkat, Tang Jie-Ee Wei menunjukkan tentangan sengit ketika kalah 23-21, 17-21, 11-21 kepada pasangan Jepun, Yuki Kaneko-Misaki Matsutomo.

Turun sebagai pilihan keempat, Soon Huat-Shevon dikejutkan 13-21, 17-21 oleh pasangan Hong Kong, Tang Chun Man-Tse Ying Suet, manakala Peng Soon-Yee See tumpas 13-21, 17-21 di tangan pilihan kelima, Kim Won Ho-Jeong Na Eun dari Korea Selatan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya