Tang Jie-Ee Wei tamatkan penantian 19 tahun negara di Taiwan

Tang Jie – Ee Wei tamatkan penantian 19 tahun negara bergelar juara Terbuka Taiwan

CHEN Tang Jie-Toh Ee Wei akan menyertai Masters Jepun, bulan depan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAIWAN: Beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei membuktikan mereka gandingan baru yang perlu diberi perhatian apabila merangkul kejuaraan Kejohanan Badminton Terbuka Taiwan yang berlangsung di Arena Tian-Mu, Universiti Taipei sebentar tadi.

Tang Jie-Ee Wei yang diletakkan sebagai pilihan keempat kejohanan berjaya menewaskan pasangan tuan rumah, Chiu Hsiang Chieh-Lin Xiao Min dengan keputusan 21-12, 21-8 dalam tempoh 30 minit.

Sebagai juara, mereka membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah AS$ 16,950 (RM 79,266) berserta trofi dan pingat.

Ini merupakan gelaran keempat diraih Tang Jie-Ee Wei sejak digandingkan pada Disember lalu, selepas menjuarau Kejohanan Antarabangsa Bangladesh, Kejohanan Antarabangsa Fajr, Iran serta Kejohanan Masters Orleans, Perancis.

Kali terakhir pasangan beregu campuran Malaysia berjaya meraih gelaran di Terbuka Taiwan adalah menerusi gandingan Koo Kien Keat dan Wong Pei Tty pada 2004.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya