Syafinaz dan Suhada pertahankan gelaran Juara Para Asia 2023

Syafinaz dan Suhada pertahankan gelaran Juara Para Asia 2023

Atlet berbasikal trek para negara, Nur Azlia Syafinaz (kanan) bersama jurumudi, Nurul Suhada Zainal mempertahankan pingat emas acara kejar mengejar kategori B selepas menewaskan pasukan Indonesia pada Kejohanan Berbasikal Trek Asia 2023 (ACC2023) di Velodrom Nasional, Nilai di sini hari ini. GAMBAR - AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NILAI: Gandingan pelumba berbasikal trek para negara, Nur Azlia Syafinaz Zais dan jurumudinya, Nurul Suhada Zainal berjaya mempertahankan pingat emas acara kejar mengejar 3 kilometer (km) wanita dalam perlumbaan akhir Kejohanan Berbasikal Trek Para Asia (ACC) yang berlangsung di Velodrom Nasional, Nilai hari ini.

Gandingan negara ini berjaya melakukan kayuhan deras untuk mengatasi pelumba Indonesia, Sri Sugiyanti dan jurumudinya, Ni’mal Maghfiroh dengan catatan masa 3 minit 46.653 saat (s).

Rakan sepasukan, Nur Suraiya Zamri dan jurumudi, Farina Shawati Adnan pula membawa pulang pingat gangsa.

Kejayaan ini bukan sahaja memastikan Syafinaz dan Suhada berjaya mempertahankan gelaran juara Asia yang dimenanginya pada edisi lalu di New Delhi, namun turut menebus kekecewaan tewas dalam perebutan pingat emas dalam acara ujian masa 1 km yang berlangsung semalam.

“Memang kami berdua sasarakan acara ini, sebab ini merupakan acara kegemaran kami berdua. Jadi kami fokus dengan program latihan kami, dan inilah hasilnya,” jelas Syafinaz yang ditemui pemberita selepas tamat perlumbaan.

Tambah Syafinaz dan jurumudinya, Suhada, mereka berdua amat gembira dengan catatan masa yang dilakar ketika perlumbaan final, kerana ia menandakan mereka berada dalam landasan yang terbaik.

“Sebelum berlumba saya sempat dapatkan pandangan daripada pakar ISN (Institut Sukan Negara) dan hasil kajian mereka, mereka dapati dalam perlumbaan saya sebelum ini, misalnya di Paralimpik Tokyo yang lalu, saya cepat tewas selepas enam pusingan pertama.

“Jadi untuk perlumbaan hari ini, saya dan Syafinza cuba kekalkan rentak kami untuk enam pusingan pertama, dan seterusnya cuba meninggalkan pesaing kami, dan saya memang berpuas hati dengan persembahan yang kami tampilkan dalam acara ini,” jelas Suhada.

Syafinaz dan Suhada berpeluang menambah koleksi pingat emasnya di kejohanan ini apabila bakal turun sekali lagi esok dalam acara ujian masa 200 meter (m).

Selain kejayaan Syafinza, skuad para negara turut menyumbang dua lagi pingat emas hari ini menerusi Zuhairi Ahmad Tarmizi dalam acara omnium kategori C5 dan Muhammad Adi Raimie Amizazahan dalam acara kejar mengejar kategori C3.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya