Skuad hoki remaja wanita negara akur kekuatan India

Skuad hoki remaja wanita negara akur kekuatan India

AKSI skuad remaja wanita negara ketika dalam aksi kedua Kumpulan A, Piala Remaja Asia 2023 menentang India, hari ini.-IHSAN MHC
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Biarpun berhasil menampilkan aksi yang menggerunkan semasa membelasah Taiwan 7-0, kelmarin, namun skuad hoki remaja wanita negara terpaksa akur apabila ditundukkan India, 1-2 dalam aksi kedua Kumpulan A, Piala Remaja Asia 2023 hari ini.

Dalam perlawanan menentang India itu, anak buah Lailin Abu Hassan tanpa disangka-sangka berhasil membuka perlawanan dengan jaringan padang seawal minit ke-6 menerusi Dian Nursyakira Najwa Al-Wadqa Nazeri.

Bagaimanapun, jaringan tersebut kemudiannya dibalas pasukan lawan pada minit ke-10 menerusi Mumtaz Khan yang berjaya menyudahkan pukulan sudut penalti, sekali gus menjadikan kedudukan 1-1 pada suku pertama perlawanan.

Bersambung pada suku kedua, India meneruskan kemaraan dengan menghasilkan jaringan kedua menerusi jaringan padang penyerangnya, Deepika pada minit ke-26.

Keadaan itu menjadikan India mendahului 2-1 sehingga perlawanan tamat selepas deretan percubaan pemain-pemain negara gagal menerobos gawang lawan apabila aksi bersambung ke dua suku terakhir.

Lailin berkata, dari segi kualiti permainan keseluruhan, dia sangat berpuas hati dengan aksi yang dipamerkan anak-buahnya kerana mereka berjaya memberi saingan sengit kepada pasukan lawan yang menghuni kedudukan No. 8 dunia itu, berpandukan analisis yang dilakukan ke atas India sebelum ini.

“Pertama kali saya ucapkan tahniah kepada semua pemain hari ini, seperti mana yang telah kita rancang, yang kita tengok analisis permainan pasukan India, dan saya berpuas hati dengan keazaman yang ditunjukkan oleh setiap pemain.

“Mereka berikan persembahan terbaik dan berjaya buktikan kita mampu beri tentangan kepada pasukan lebih kuat seperti india. Kita telah merancang, melihat analisis pukulan sudut penalti India dan kita dapat membaca gerakan setiap pemain mereka.

“Larian yang dilakukan oleh pemain kita juga sangat baik dan pemain lain juga beri komitmen, telah mengambil tugasan yg sgt baik utk menahan pukulan sudut penalti India,” katanya.

Tambahnya, selepas mengharungi dua hari perlawanan, dia mahu para pemain menggunakan masa rehat yang ada untuk pulih dan berehat sebaik-baiknya sebelum bertemu Uzbekistan, pada pukul 11 pagi waktu Malaysia, esok.

“Selepas perlawanan ini, saya perlukan pemain untuk pulih sebab mereka bermain dua hari berturut-turut. Untuk perlawanan esok , sudah tentu kita perlukan kemenangan dalam Kumpulan A. Saya harap pemain akan lebih fokus, saya harap mereka dapat gunakan rehat 24 jam ini untuk pulih,” katanya.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya