Skuad Garuda tewas 0-2 kepada juara dunia, Argentina

Skuad Garuda tewas 0-2 kepada juara dunia, Argentina

Pemain Argentina, Nicolas Ivan Gonzalez (kiri) cuba untuk merebut bola daripada pemain Indonesia, Asnawi Mangkualam Bahar dalam aksi perlawanan persahabatan yang berlangsung di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta. (AFP)
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Skuad Argentina bergelut untuk menewaskan Indonesia dalam aksi perlawanan persahabatan yang berlangsung di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta hari ini yang berkesudahan memihak juara dunia itu dengan kemenangan 2-0.

Biarpun tanpa kelibat penyerang prolifik, Lionel Messi, Angel Di Maria serta Nicolas Otamendi dalam senarai pasukan Argentina, Stadium Gelora Bung Karno, tetap padat dengan kehadiran lebih 60,000 penyokong tuan rumah.

Indonesia pula tekad mahu menjadikan perlawanan ini sebagai persiapan untuk menghadapi Kejohanan Piala Asia yang bakal diadakan Januari 2024 apabila diletakkan bersama Jepun, Iraq dan Vietnam dalam kumpulan D.

Apatah lagi mereka berjaya mengikat Palestin seri tanpa jaringan dalam aksi perlawanan persahabatan sebelum ini.

Skuad Albiceleste pula membuat beberapa pertukaran pemain berbanding perlawanan menentang Australia tempohari di Beijing, China.

Indonesia bermula baik pada awal babak pertama apabila mereka berjaya mengekang asakan demi asakan serangan Argentina yang diketuai Julian Alvarez, dengan percubaan terbaik pelawat hadir pada minit ke 29 apabila Facundo Buonanotte melepaskan rembatan kaki kiri, namun berjaya ditepis Ernando Ari, dan penjaga gol Indonesia itu turut bertindak cemerlang untuk menggagalkan percubaan susulan Alvarez.

Argentina terpaksa menanti sehingga minit ke 35 untuk membuka tirai jaringan apabila Leandro Paredes melepaskan rembatan kencang dari luar kotak penalti untuk memberikan pasukan pelawat kelebihan 1-0 menuju ke bilik persalinan.

Indonesia hampir menyamakan kedudukan sebelum tamat separuh masa pertama, namun rembatan Ivar Jenner ditepi penjaga gol Argentina, Emi Martinez.

Bersambung babak kedua, skuad kendalian Lionel Scaloni tidak menunggu lama untuk meledak apabila Christian Romera meletakkan pelawat 2-0 di hadapan pada minit ke 55 apabila menanduk kemas bola hasil sepakan penjuru yang diambil Giovani Lo Celso.

Biarpun Argentina lebih banyak menguasai selepas itu, dan pelawat juga tidak kurang cuba untuk melancarkan serangan balas bagi merapatkan namun kedudukan tersebut tidak berubah sehingga tamat permainan.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya