Sivasangari ketuai cabaran Malaysia ke pusingan kedua Kejohanan

Sivasangari ketuai cabaran Malaysia ke pusingan kedua Kejohanan Asia

S. SIVASANGARI mudah melepasi halangan pusingan pertama pada Kejohanan Skuasy Individu Asia 2023 di Pusat Skuasy Hong Kong, Hong Kong, hari ini. - Instagram Sivasangari
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pemain perseorangan wanita negara, S. Sivasangari memenuhi jangkaan awal apabila dia tidak berdepan masalah untuk melangkah ke peringkat seterusnya selepas menumpaskan pencabar dari Korea Selatan, Song Dong Ju pada pusingan pertama Kejohanan Skuasy Individu Asia di Pusat Skuasy Hong Kong, Hong Kong, hari ini.

Pemain yang mengalami kejatuhan ranking secara mendadak dan kini berada di kedudukan ke-50 dunia akibat kemalangan jalan raya pada tahun lalu itu mengambil masa 21 minit untuk menundukkan Dong Ju 11-5, 11-5, 11-8.

Pada pusingan kedua, Sivasangari yang pernah berada di ranking No. 16 dunia sebelum kemalangan, akan menghitung pertemuan dengan pemain tuan rumah, Cheng Nga Ching yang menundukkan Fereshteh Eghtedari dari Iran 11-5, 11-4, 11-8.

Rakan senegara, Aifa Azman yang diletakkan selaku pilihan ke-3/4 mudah menewaskan wakil Thailand, Anantana Prasertratanakul 11-3, 11-6, 11-1 hanya dalam masa 13 minit.

Anak kelahiran Kedah itu akan bertemu pemain sedang meningkat naik dari India, Anahat Singh yang mengalahkan pemain Jepun, Akari Midorikawa 11-6, 6-11, 11-6, 11-8.

Jika melepasi pusingan kedua, pertembungan sesama sendiri bakal berlaku apabila pemain No. 29 dunia itu dijangka turun beraksi menentang Sivasangari di peringkat lapan terbaik.

Turut mengiringi Sivasangari dan Aifa ialah dua lagi wakil Malaysia, Rachel Arnold dan Noor Ainaa Amani Ampandi.

Rachel yang menghuni ranking ke-34 dunia menewaskan Eum Hwa Yeong 11-6, 11-4, 11-7, manakala, Ainaa pula menundukkan pemain Thailand, Waritsara Chujit 11-0, 11-1, 11-3.

Pada pusingan kedua, esok, Rachel akan bertemu Jemyca Aribado dari Filipina, manakala, Ainaa menentang pilihan ke-5/8, Lee Ka Yi dari Hong Kong.

Sementara itu, dalam saingan lelaki, wakil Malaysia, Ivan Yuen hanya memerlukan 15 minit untuk menewaskan pemain Filipina, David William Pelino menerusi kemenangan straight set 11-2, 11-2, 11-1.

Pada pusingan kedua, pemain ke-66 dunia itu bakal bertemu wakil Korea Selatan, Na Joo Young yang mengetepikan Ravindu Laksiri dari Sri Lanka 12-10, 11-7, 11-6 dalam masa 20 minit.

Turut mara seorang lagi wakil negara, Mohammad Syafiq Kamal yang mengalahkan Lee Dong Jun dari Korea Selatan 11-4, 11-7, 11-6.

Menanti pemain ke-90 dunia itu ialah wakil India, Velavan Senthilkumar yang menumpaskan Reymark Begornia dari Filipina 11-4, 11-2, 11-2.

Dalam perlawanan yang berlangsung lebih awal, pilihan pertama, Ng Eain Yow dan Muhammad Addeen Idrakie Bahtiar terlebih dahulu menempah slot ke pusingan kedua setelah menundukkan lawan masing-masing. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya