Silat pulut buat penampilan sulung dalam kejohanan kebangsaan

Silat pulut buat penampilan sulung dalam kejohanan kebangsaan

KEJOHANAN Silat Kebangsaan 2023 yang berlangsung di U8 Space, Bukit Jelutong, Shah Alam dari esok sehingga Ahad dijangka menarik kehadiran 150 peserta, termasuk dari luar negara.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kejohanan Silat Kebangsaan 2023 yang bakal membuka tirai esok bakal menampilkan kelainan dengan mempertandingkan silat pulut buat julung kalinya sejak pertandingan dianjurkan sembilan tahun lalu.

Pengarah kejohanan, Profesor Mohamad Nizam Mohamed Shapie berkata, fokusnya adalah mahu memperkenalkan silat Melayu asli kepada penggiat sukan tradisional tersebut dan orang awam agar tidak tersalah dengan pencak silat yang dipelopori Indonesia.

Beliau yang juga Presiden Persekutuan Silat Olahraga Nasional (PESONA) turut menegaskan, kejohanan edisi kali ini snagat menekankan gerak geri kesenian dalam semua kategori termasuk tempur dan olahraga, yang turut akan memberi mata tambahan ketika beraksi.

SEBAHAGIAN peserta yang terlibat dalam Kejohanan Silat Kebangsaan.

“Kita anjurkan silat versi Malaysia, sebab yang selalu orang ingat pencak silat dan silat olahraga yang dipertandingkan dalam Sukan SEA selama ini, itu adalah versi Indonesia. Itu silat tanding.

“Yang kita buat ini, silat berakar umbi Melayu. Orang awam perlu faham, silat telah diiktiraf UNESCO, berasal dari Malaysia. Pencak silat pula dari Indonesia. Perbezaan pada tahun ini adalah, peserta boleh mempraktikkan kesenian silat ketika membuat serangan dan dapat markah.

“Untuk kategori kanak-kanak (Tunas) dan pra remaja, kita buat silat tempur sebab mereka belum mahir teknik tangkapan, sapuan, guntingan. Mereka pun akan melakukan seni silat semasa menyerang lawan.

SAINGAN peringkat remaja turut dipertandingkan dalam kejohanan ini.

“Menariknya kejohanan kali ini, kita akan pertandingkan silat pulut yang belum pernah dipertandingkan pada tahun-tahun lalu. Silat pulut akan dipertandingkan dalam kategori seni dan hanya dipertandingkan bagi kategori tunas, remaja dan dewasa,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Nizam berkata, dijangka lebih 150 peserta  hadir dari seluruh Malaysia termasuk dari negara luar seperti Syria dan Australia dalam kejohanan yang akan berlangsung selama tiga hari di U8 Space, Bukit Jelutong, Shah Alam, Selangor.

Terdapat empat kategori dipertandingkan iaitu tunas (7 hingga 12 tahun), pra remaja (13 hingga 15 tahun), remaja (16 dan 17 tahun) serta dewasa (18 tahun ke atas). – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya